Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.ku.tan] | اڠکوتن

Definisi : barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.ku.tan] | اڠکوتن

Definisi : 1 barang-barang yg diangkut. 2 ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angkutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
turfmateangkutan alat/angkutan turfPengangkutanTiadaTiada
turfmateangkutan alat/angkutan turfSukanTiadaTiada
Ekman transportangkutan EkmanSains MarinTiadaPergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah terhadap arah tiupan angin permukaan yang disebabkan oleh kesan Coriolis. Arah pergerakan bergantung pada kedudukan di hemisfera bumi. Di hemisfera utara, angkutan berlaku daripada 90 darjah ikut arah jam terhadap arah angin, manakala di hemisfera selatan berlaku pada sudut 90 darjah lawan arah jam. Berdasarkan teori Ekman, aliran permukaan bergerak pada sudut 45 darjah terhadap angin permukaan disebabkan keseimbangan antara dayaoriolis dan seretan angin serta air. Jika lautan dibahagikan kepada lapisan-lapisan tipis, magnitud halaju aliran semakin menyusut berbanding nilai maksimum pada permukaan sehingga akhirnya sifar pada kedalaman tertentu. Arah aliran juga beralih sedikit demi sedikit merentasi setiap lapisan. Fenomena ini dikenali sebagai lingkaran Ekman, dan lapisan air dari bahagian permukaan hingga ke kedalaman yang menyebabkan kesan ini hilang dikenali sebagai lapisan Ekman. Jika semua aliran pada lapisan Ekman diintegrasikan, maka hal ini akan menyebabkan pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah di sebelah kanan angin permukaan di hemisfera utara atau di sebelah kiri di hemisfera selatan.
saltationpeloncatanSains MarinTiadaGerakan dan angkutan enapan yang endapannya digerak secara loncatan atau enjutan di sepanjang aliran sungai atau kawasan pinggir pantai.
upwellingjulang airSains MarinTiadaPergerakan air dari dasar laut ke permukaan yang didorong oleh pergerakan angin. Angin yang bertiup pada permukaan laut menyebabkan pergerakan air bersih pada 90 darjah dari arah angin akibat daya Coriolis dan angkutan Ekman. Sekiranya pergerakan bersih air berlaku pada sempadan daratan ke arah laut lepas, maka julang air akan berlaku untuk menggantikan air yang hilang. Air dari dasar laut ini yang biasanya kaya nutrien akan merangsang pertumbuhan penghasil primer seperti fitoplankton, dan seterusnya meningkatkan hasil perikanan secara keseluruhan.

Kembali ke atas