artificial narrow intelligence (ANI) | kecerdasan terhad buatan (ANI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang terhad kepada fungsi tunggal seperti Siri (Apple), Alexa (Amazon), perisian pengecaman wajah dan sebagainya. |
imagination | pencitraan | Kesusasteraan | Puisi | Berkait rapat dengan proses pembayangan dan pencerminan sesuatu objek atau unsur alam semulajadi. Semakin tinggi daya bayang seseorang penyair semakin realistiklah sesuatu unsur yang dicitrakannya, walaupun belum pemah dilihat dalam alam realitinya. Puisi ini menggambarkan tentang situasi, tempat, peristiwa, objek dan sebagainya. Contohnya, puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonirn imaginasi. Azan pagi dan hatiku sepi jauh dari tangis Liza tawa Ani fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |