Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ja.kan]/[an.jaʔ.kan] | انجقن

Definisi : hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ja.kan]/[an.jaʔ.kan] | انجقن

Definisi : gerakan beranjak; engsotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total shiftjumlah anjakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaJumlah daripada anjakan kadaran dan anjakan kebezaan yang digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan industri.
bathochromic shiftanjakan batokromKimiaKimia AnalisisAnjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan hipsokrom.
hypsochromic shiftanjakan hipsokromKimiaKimia AnalisisAnjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan batokrom.
chemical shiftanjakan kimiaKimiaKimia AnalisisAnjakan spektrum resonans magnet nukleus yang berlaku akibat daripada pemerisaian diamagnetik sesuatu nukleus oleh elektron yang mengelilingi nukleus itu.
permanent threshold shiftanjakan ambang kekalSains KesihatanTiadaAnjakan ambang pendengaran kekal yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising.
temporary threshold shiftanjakan ambang sementaraSains KesihatanTiadaAnjakan ambang pendengaran sementara yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising.
positive-displacement metermeter anjakan positifKejuruteraanTiadaSinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya.
shift valveinjap anjakanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terdapat dalam sistem penghantaran automatik, yang akan bergerak untuk memberikan anjakan dari satu nisbah gear ke nisbah yang lain.
shif reagentreagan anjakanKimiaKimia AnalisisBahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan.
setbackanjakanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaJarak yang dibenarkan di antara bangunan dengan sempadan tanah.
123

Kembali ke atas