elastic limit | had anjal | Sains Sukan | Biomekanik | Daya maksimum yang boleh dikenakan pada objek sebelum kehilangan keanjalannya. |
elastic modulus | modulus anjal | Sains Sukan | Biomekanik | Nisbah tekanan kepada keterikan. Modulus ini dikenali juga sebagai modulus Young. |
parallel elastic component | komponen anjal selari | Sains Sukan | Biomekanik | Sifat elastik pasif yang terhasil daripada membran otot. |
flexible mortgage | gadai janji anjal / gadai janji fleksibel | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
flexible mortgage | gadai janji anjal / gadai janji fleksibel | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
inelastic electron tunneling spectroscopy (IETS) | spektroskopi penerowongan elektron tak anjal (IETS) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengkaji mod getaran molekul yang terserap pada permukaan lapisan oksida logam. |
air bag | beg udara | Fizik | Nanoteknologi | Membran atau sampul anjal yang dapat menggelembung untuk mengisi udara atau gas lain. Beg udara dipasang pada kenderaan bagi tujuan keselamatan. Apabila berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung setelah dipicu oleh satu sistem nanosensor yang terdiri daripada mikroelektromekanik (MEMS) atau nanoelektromekanik (NEMS) yang dilekatkan pada beg udara tersebut. Contoh membran ialah nilon 6,6 atau poliester. |
resilience | kebingkasan | Kejuruteraan | Tiada | Tenaga terikan yang disimpan dalam bahan anjal bagi seunit isi padu. Modulus kebingkasan ialah kuantiti tenaga terbanyak bagi seunit isi padu yang boleh disimpan dalam bahan tanpa mengalami set kekal. |
phonon | fonon | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Tenaga yang terkuantum hasil getaran anjal dalam kekisi hablur. Konsep fonon amat penting dalam mengkaji sifat fizik pepejal seperti kekonduksian terma dan kekonduksian elektrik. Fonon dapat bertindak balas dengan elektron seperti yang berlaku dalam fenomena superkekonduksian. |
engine mounting | pemegang enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen penebat yang diperbuat daripada getah boleh anjal atau sistem hidraulik yang dipasang di antara bahagian enjin dengan rangka, struktur atau badan kenderaan. Pemegang ini bertujuan untuk menyerap getaran enjin dan mengelakkan getaran tersebut dipindahkan ke dalam kenderaan. |