acquired anomaly | anomali perolehan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ciri pada organisma yang berkembang semasa hayatnya. Anomali perolehan tidak terdapat dalam DNA, maka ciri ini tidak boleh diwarisi, tetapi terhasil daripada pengaruh persekitaran. Contoh anomali perolehan adalah seperti kalus pada jari, saiz otot kaki yang besar disebabkan kekerapan berlari, perubahan pada fungsi organ akibat tidak digunakan atau kemalangan. Kelakuan yang membantu organisma hidup juga dianggap sebagai anomali perolehan. Contohnya, keupayaan menyembunyikan diri daripada pemangsa. |
congenital anomaly | anomali kongenital | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Keadaan ketidaksempurnaan kelahiran, iaitu kelainan struktur dan fungsi atau metabolik yang terjadi pada peringkat janin. Anomali kongenital dapat dikenal pasti semasa peringkat pranatal atau selepas kelahiran. |
angle of anomaly | sudut anomali | Sains Kesihatan | Tiada | Sudut antara garis yang melalui titik fovea dan garis yang melalui titik kesepadanan tidak normal mata juling. |
harmonious abnormal retinal correspondence | kesepadanan retina tak normal harmoni | Sains Kesihatan | Tiada | Kesepadanan retina tidak normal yang dicirikan dengan sudut anomali sama dengan sudut sisihan objektif. |