annotation | anotasi | Kesusasteraan | Tiada | Catatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks. |
gene annotation | anotasi gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses mengenal pasti lokus gen dan semua kawasan pengekodan dalam genom untuk menentukan peranan atau fungsi gen tersebut. Anotasi gen dilakukan selepas penggabungjalinan genom. |
genome annotation | anotasi genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses mengenal pasti lokasi gen-gen dan semua kawasan pengekodan dalam genom serta mencirikan fungsi gen tersebut. Proses anotasi dilakukan selepas jujukan genom ditentukan. |
annotation | anotasi | - | Tiada | Catatan yang ditambah pada teks atau bahan grafik untuk memberikan penjelasan atau ulasan lanjut. |
video annotation | anotasi video | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu metadatum seperti hantaran, penjelasan dan penandaan yang dipasangkan pada video untuk memberikan penerangan teks kepada video. |
emendation | pembetulan | Kesusasteraan | Tiada | Pembaikan yang dilakukan terhadap teks yang dianggap mempunyai kesalahan atau kesilapan tertentu. Pembetulan biasanya dilakukan oleh editor atau penyunting untuk membaiki teks agar lebih mudah difahami pembaca dan tepat isi kandungannya. Antara bentuk pembetulan yang dilakukan termasuklah dari segi tatabahasa, ketepatan fakta dan susunan teks. Teks yang dimaksudkan termasuklah penulisan buku ilmiah, buku sastera, buku umum, esei dan rencana. Pembetulan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam proses penulisan. Bahan tulisan awal akan disaring oleh editor atau penyunting sebelum diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, pembetulan sering berlaku dalam aktiviti penyalinan atau penulisan semula sesebuah naskhah manuskrip. Terdapat penyalin yang membuat pelbagai perubahan atau tokok-tambah terhadap naskhah asal, bertujuan membaiki naskhah yang disalinnya. Oleh itu, pembetulan dilihat sebagai aktiviti yang membawa kebaikan terhadap sesebuah karya, namun boleh menyebabkan kemunculan versi naskhah yang berbeza. Lihat juga anotasi, kritikan teks. |
apparatus criticus | kritikus aparatus | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau struktur ayat. Pengkaji juga boleh mengemukakan bukti kukuh tentang kesalahan yang terdapat dalam naskhah (kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh penyalin), terutamanya wujud unsur kesilapan ejaan, penggantian perkataan, perulangan, kehilangan maklumat, dan sebagainya. Kritikus aparatus sangat penting kerana edisi, transliterasi, atau transkripsi naskhah yang dilakukan darpat dipertahankan kesahihannya, khususnya dalam usaha untuk mendapat suatu edisi yang bersifat ilmiah. Suatu edisi naskhah yang tidak memperlihatkan kritikus aparatus yang baik dan menjdikan edisi tersebut kurang berwibawa dan sering menimbulkan persoalan kepada para pembaca. Contoh kritikus aparatus yang baik dapat dilihat dalam transkripsi teks Sejarah Melayu oleh Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan transkripsi Syair Bidasari yang diusahakan oleh Jamilah Hj. Ahmad (1989). Contoh dalam sastera Arab ialah Kitab al-Tashbihat diusahakan oleh M. �Abd. Al,mu�id Khan dalam sastera Parsi, transkripsi teks Gulistan-i Sa�di diusahakan oleh Ghulam Husayn Yusufi, dan dalam sastera Turki, transkripsi teks Idahu�?-Hikem diusahakan oleh Bilal Kuspinar. Lihat juga anotasi. |