antagonis | antagonis | Perubatan | Tiada | Lihat antagonis reseptor. |
antogonist | antagonis | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang menentang protagonis dalam cereka atau drama. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cereka. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Marcbeth, Macolm sebagai antagonis dan macbeth merupakan protagonis. Banding protagonis. |
antagonist | antagonis | Kesenian | Drama dan Teater | Watak yang menentang protagonis dalam drama atau teater. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cerita. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Macbeth, Malcolm sebagai antagonis dan Macbeth merupakan protagonis. Bandingprotagonis. |
receptor antagonist | antagonis reseptor | Perubatan | Tiada | Molekul yang bergabung pada reseptor dan menghalang penggabungan molekul agonis yang lain dan seterusnya menghalang daripada berlakunya kesan agonis. Sebagai contoh, atropin merupakan antagonis bagi reseptor asetilkolina. Asetilkolina menyebabkan bradikardia, manakala atropin menghalang kesan asetilkolina lalu menyebabkan takikardia. Contoh ubat yang bertindak sebagai antagonis ialah Propranolol, Promethazine dan Omeprazole. Sinonim antagonis. |
antagonistic plant | tumbuhan antagonis | Pertanian | Agroteknologi | Tumbuhan yang memberi kesan negatif terhadap organisma seperti serangga, kulat, nematod dan bakteria yang menyentuhnya. Tumbuhan antagonis mengeluarkan bahan kimia melalui akarnya yang termasuk enzim, hormon dan kandungan lain yang toksik terhadap organisma tersebut. Tumbuhan antagonis telah dimanfaatkan untuk kawalan biologi serangan oleh makhluk perosak terhadap tanaman terutamanya nematod atau cacing perosak. |
antagonist | antagonis | Farmasi | Farmakologi | I. Bahan kimia atau agen yang bertindak dengan reseptor sel tanpa sebarang gerak balas tetapi menghalang pengikatan agonis pada reseptor tersebut. Contohnya, atropina merupakan antagonis bagi reseptor asetilkolina. Asetilkolina akan menyebabkan brakikardia, manakala atropina menghalangkesanasetilkolina lalu menyebabkan takikardia.Contoh agen yang bertindak sebagai antagonis ialah propranolol dan prometazina. 2. Otot yang bertindak secara. bertentangan dengan otot lawannya. Contohnya, antara otot fteksor dengan otot ekstensor. |
nicotinic antagonist | antagonis nikotinik | Farmasi | Farmakologi | Sejenis drug antikolinergik yang menghalang tindakan asetilkolina pada reseptor asetilkolina nikotinik. Antagonis nikotinik bertindak: menghalang transmisi sinaptik pada ganglion autonomik, simpang neurootot, otot rangka dan sinaps nikotinik yang terdapat pada sistem saraf pusat. Drug jenis ini digunak:an terutamanya dalam pembedahan yang memerlukan paralisis atau kerehatan ke atas otot periferi. Tubokurarin ialah contoh drug klasikal yang kini jarang digunakan lagi. Contoh lain ialah buproprion dan mekamilamina yang menghalang reseptor asetilkolina nikotinik di dalam otak:. Drug-drug ini telah dicadangkan penggunaannya untuk merawat ketagihan dadah. |
opioid antagonist | antagonis opioid | Farmasi | Farmakologi | Agen yang boleh mengurangkan aktiviti reseptor opioid dengan menghalang pengikatan opioid, dan seterusnya menghalang pengaktifan reseptor tersebut.Tindakaniniakan menghalang tubuh daripada bertindak balas terhadap opiat dan endorfin. Kesemua antagonis opioid yang digunak:an dalam perubatan adalah tidak selektif, sama ada menyekat ketiga-tiga reseptor opioid ( 1Cdano) atau menyekat reseptor opioid f.1 tetapi mengaktifkan reseptor opioid K. Contoh antagonis opioid ialah nalokson, naltrekson, levalorfan, siprodim dan naltrindol. |
competitive antagonism | antagonisme saingan | Farmasi | Farmakologi | Bentuk antagonisme yang terhasil apabila suatu antagonis menyekat atau membalikkan kesan suatu agonis melalui tindakan pada reseptor yang sama. Antagonis bersaing dengan agonis untuk mengikat pada tapak reseptor yang sama tanpa mengaktifkan reseptor tersebut. Antagonisme jenis ini bersifat berbalik apabila peningkatan kepekatan biologi agonis adalah cukup untuk mengatasi kesan antagonis tersebut. |
antagonist | antagonis | Perubatan | Tiada | 1. Otot yang bertindak secara bertentangan dengan otot lawannya, seperti antara otot fleksor dengan otot ekstensor. 2. Bahan yang menduduki sesuatu reseptor, dan menghalang pengikatan agonis pada reseptor tersebut. Kehadiran antagonis pada reseptor sel tidak menimbulkan sebarang gerak balas. |