interphase | interfasa | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Kala di antara dua tahap atau peringkat mitosis yang berturutan. intermitosis. 2. Kala di antara peringkat pembahagian meiosis sel yang pertama dengan peringkat yang kedua, iaitu apabila perepikatan DNA-nya tidak berlaku dan nukleusnya disusun semula pada penghujung pembahagian pertama. interkinesis. |
potential difference | beza upaya | Teknik | Elektrik | Perbezaan keupayaan penolakan elektron di antara dua titik. Unit beza upaya ialah volt. Dalam litar terbuka, beza upaya di antara dua titik, seperti bateri, bersamaan dengan d.g.e.-nya, tetapi jika arus mengalir dalam litar tertutup beza upayanya ialah IR, dengan I ialah arus dan R ialah rintangan litar antara dua titik upaya yang diukur. |
interkinesis | interkinesis | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Tempoh interfasa singkat di antara peringkat pembahagian meiosis yang pertama dengan peringkat yang kedua dan pereplikatan DNA-nya tidak berlaku. 2. Interfasa. |
pH electrode | elektrod pH | Bioteknologi | Tiada | Elektrod untuk mengukur kepekatan ion hidrogen dan diperbuat daripada platinum yang direndam di dalam larutan yang pH-nya hendak ditentukan. Gas hidrogen disalurkan pada permukaannya pada tekanan 1 atmosfera. Daya elektromotif elektrod dalam 1.0 M H30+ ialah sifar. Perbezaan keupayaan antara elektrod dan elektrod piawai diukur dan digunakan untuk menghitung kepekatan H30+. |
point-to-point protocol(PPP) | protokol titik-ke-titik(PPP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang paling popular untuk memindahkan paket protokol Internet (IP) antara pengguna dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) melalui pautan bersiri. Protokol ini dibangunkan pada tahun 1994 oleh pasukan petugas kejuruteraan Internet (IETF) yang akhirnya menggantikan protokol Internet talian bersiri (SLIP). PPP mewujudkan sesi antara komputer pengguna dengan ISP melalui LCP-nya sendiri. PPP menyokong PAP, CHAP dan protokol-protokol pengesahan lain seperti pemampatan dan penyulitan. Sinonim protokol kawalan berpaut |
hadrah | hadrah | Muzik | Tiada | Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat. |
Achenese gravestone | nisan Acheh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke |
saw-u | saw-u | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai kordofon yang digesek. Saw-u mempunyai badan berbentuk hati yang diperbuat daripada tempurang kelapa. Alat muzik ini mempunyai sebatang leher yang panjang melalui badannya. Penggesek dimasukkan antara dua tali. Picnya lebih rendah daripada alat muzik saw-duang. |