antibiotic | antibiotik | Perikanan | Akuakultur | Bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh merencat pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan dalam tempoh dan dos tertentu. Rawatan antibiotik boleh diberi secara rendaman atau dicampurkan dalam makanan rumusan ikan. Contoh antibiotik ialah oksitetrasiklina (OTC). (MAKAN, SIHAT) |
resistance | rintangan | Perikanan | Akuakultur | Kemampuan ikan untuk menahan dan tidak terjejas dengan serangan patogen tertentu. Rintangan juga merupakan keupayaan patogen untuk menahan kesan antibiotik atau kimia akibat daripada penggunaan kimia dan antibiotik yang berlebihan atau secara berterusan tanpa kawalan. |
antibiotic | antibiotik | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau merencat mikroorganisma lain. Contohnya, penisilin. |
antibiotic | antibiotik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang dapat memusnahkan atau menghalang pembiakan dan pertumbuhan bakteria dalam badan. |
antibiotic | antibiotik | Kejururawatan | Tiada | Bahan kimia yang berupaya merencatkan pembiakan dan pemusnahan mikroorganisma. |
antimicrobial | antimikrob | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikrob, seperti bakteria, kulat, virus, dan parasit. Contohnya, antibiotik yang digunakan sebagai ubat bagi merawat jangkitan. Antimikrob sangat penting dalam industri tekstil, penyahjangkitan air, ubat, dan pembungkusan makanan. Nanozarah logam oksida, contohnya perak dipakai secara meluas sebagai antimikrob untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob lain tanpa memberikan kesan toksik kepada persekitaran. |
cholangitis | kolangitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada duktus hempedu, biasanya disebabkan oleh sekatan pengaliran hempedu. Rawatan awal ialah pemberian antibiotik untuk merawat infeksi dan diikuti dengan pembedahan untuk melegakan sekatan pengaliran hempedu. |
biotechnology | bioteknologi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Teknologi yang berasaskan proses biologi untuk menghasilkan produk bagi meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Contoh produk yang terhasil daripada proses bioteknologi ialah produk makanan terubah suai genetik, antibiotik, vaksin, keju, tempe dan kicap. |