enzyme linked immunosorbent assay (ELISA) | ELISA | Bioteknologi | Tiada | Teknik analisis peka yang menggunakan enzim yang dikomplekskan kepada antigen atau antibodi. Substrat dicampur untuk memberikan warna yang berkadar dengan jumlah pengikatan. Dalam teknik fasa pepejal, antigen ditambah kepada tiub yang dilapisi antibodi. Antibodi yang berlabelkan enzim juga ditambah untuk membentuk kompleks dengan antigen. |
fluorescent antibody | antibodi berpendarfluor | Sains Forensik | Tiada | Antibodi yang telah dilabelkan dengan pewarna berpendarfluor. Antibodi berpendarfluor digunakan untuk mengesan kehadiran antigen yang khusus terhadap antibodi ini. Melalui pengujian terhadap antigen tertentu, antibodi berpendarfluor boleh digunakan dalam pengujian forensik untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang darah seperti darah daripada orang dewasa atau darah kanak-kanak. Lihat juga pendarfluor. |
blocking antibody | antibodi penghalang | Perubatan | Tiada | Antibodi yang mempunyai kekhususan yang sama dengan antibodi lain dan mengganggu kegiatan antibodi itu. |
polyclonal antibody | antibodi poliklon | Bioteknologi | Tiada | Antibodi yang terhasil sebagai gerak balas keimunan normal terhadap antigen yang mengandungi bilangan protein yang berhubungan tetapi tidak serupa. Variasi menunjukkan bahawa antibodi ini dibentuk oleh limfosit yang berlainan dan berbeza dengan antibodi monoklon yang dibentuk oleh klon sel yang serupa. bd. antibodi monoklon. |
macroglobulin | makroglobulin | Kimia | Biokimia | Imunoglobin yang terdiri daripada 5-10% antibodi serum, termasuk antibodi heterofil dan wasserman, agglutinin sejuk, isohemaglutinin dan antibodi terhadap endotokrin bakteria gramnegatif. |
antigen excess | lebihan antigen | Sains Forensik | Tiada | Nisbah antigen yang tinggi berbanding antibodi dalam campuran antigen-antibodi yang mengakibatkan kompleks antigen-antibodi terlarut. Semasa pengujian serologi forensik, lebihan antigen boleh mengakibatkan mendakan tidak kelihatan dan boleh membawa kepada ujian negatif palsu. |
immunoglobulin | imunoglobulin | Bioteknologi | Tiada | Protein jenis globulin (biasanya gama globulin) yang mempunyai aktiviti antibodi atau bertindak sebagai antibodi. Protein ini terbahagi kepada 5 kelas berdasarkan keheterogenan jenis antibodi yang terkandung, iaitu IgG, IgA, IgM, IgD, dan IgE. |
agglutination | aglutinasi | Sains Forensik | Tiada | Penggumpalan sel darah merah akibat tindak balas dengan antibodi tertentu. Dalam ujian serologi forensik, penggunaan antibodi A atau antibodi B ke atas kesan darah yang ditemui akan menentukan kumpulan darah seseorang bagi membantu penyiasatan. Sinonim pengaglutinatan. |
monoclonal antibody | antibodi monoklon | Bioteknologi | Tiada | Antibodi yang terhasil secara pengkulturan jenis sel tunggal, dan dengan itu mengandungi spesies tunggal molekul imunoglobulin. Warisan dihasilkan melalui pertaupan sel tersebut dengan sel mieloma yang berupaya menghasilkan antibodi dan mengekalkan pembahagian dan pertumbuhan. bd. antibodi poliklon. |
single diffusion | peresapan tunggal | Sains Forensik | Tiada | Kaedah imunoresapan yang menggunakan hanya satu komponen daripada sistem antigen-antibodi untuk meresap melalui gel. Kaedah imunoresapan ini berlaku apabila antigen meresap ke dalam gel yang mengandungi antibodi atau antibodi meresap ke dalam gel yang mengandungi antigen. |