antigen | antigen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Molekul atau bahan asing yang mendorong respons imun di dalam badan untuk menghasilkan antibodi. Antigen boleh berasal dari dalam badan (antigen diri) atau dari persekitaran luaran (bukan diri). Antigen yang bersatu dengan sistem imun akan merangsang antibodi yang khusus. Jika sistem imun bertemu antigen yang tidak terdapat di dalam badan sendiri, antibodi akan melancarkan serangan ke atas antigen tersebut. Biasanya antigen adalah seperti peptida, polisakarida atau lipid. |
cross-reacting antigen | antigen tindak balas silang | Sains Forensik | Tiada | Antigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu. |
antigen | antigen | Perikanan | Akuakultur | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi tertentu, sama ada secara semula jadi (melalui serangan penyakit) atau diaruhkan (melalui vaksinasi). Antigen boleh dibentuk melalui sebahagian atau keseluruhan sel patogen yang telah dimatikan atau dilemahkan menggunakan teknik seperti pemanasan, penghancuran atau pengawetan. |
antigen | antigen | Kejururawatan | Tiada | Bahan asing yang berupaya merangsang penghasilan antibodi dalam badan. |
agglutination | pengaglutinatan | Kejururawatan | Tiada | Tindak balas antara antibodi dengan antigen yang menyebabkan antigen berkenaan bergumpal. |
antibody | antibodi | Perikanan | Akuakultur | Sejenis protein darah yang dihasilkan untuk bertindak balas terhadap kehadiran antigen dalam salur darah seperti bakteria, virus dan bisa serangga. Protein ini akan bergabung dengan antigen tersebut untuk mencegah pembiakan atau memusnahkan antigen tersebut. Antibodi yang terhasil adalah spesifik terhadap antigen tersebut. |
human leukocyte antigen system (HLAs) | sistem antigen luekosit manusia (HLAs) | Kejururawatan | Tiada | Sistem keserasian tisu limfosit-A yang menentukan kejayaan pemindahan tisu atau organ antara penderma dengan penerima. |
antibody | antibodi | Kejururawatan | Tiada | Sejenis protein darah khusus yang dihasilkan dalam tisu limfoid sebagai tindak balas terhadap kehadiran antigen tertentu. Antibodi beredar dalam plasma darah untuk menyerang antigen dan menjadikannya tidak berbahaya. |
immunization | pengimunan | Perikanan | Akuakultur | Proses memberikan perlindungan imuniti aruhan kepada penyakit melalui pendedahan secara sengaja terhadap antigen patogen atau imunogen. Tujuan pengimunan ini adalah untuk merangsang sistem pertahanan ikan dan seterusnya meningkatkan keupayaan tindak balas ikan apabila terdedah kepada antigen atau imunogen yang sama. Pengimunan ikan boleh diberikan secara oral melalui makanan, suntikan atau rendaman semasa peringkat benih. |
isoantibody | isoantibodi | Perubatan | Tiada | Antibodi yang bertindak dengan antigen daripada individu lain dalam spesies yang sama. |