Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ti.kli.maks] | انتيکليمک‌‌س

Definisi : keadaan yg menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya (keistimewaannya dll) drpd suatu keadaan atau aliran yg memun­cak, penurunan yg berbeza sama sekali drpd aliran memuncak sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.ti.kli.maks] | انتيکليمک‌‌س

Definisi : keadaan atau perasaan yg kesannya turun atau menjunam dgn tiba-tiba drpd keadaan atau aliran yg memuncak: Para penonton kecewa kerana bahagian akhir drama itu merupakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antiklimaks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticlimaxantiklimaksKesusasteraanTiadaPerubahan secara tiba-tiba yang berlaku di akhir sesuatu tulisan (naratif atau deskriptif) atau percakapan, daripada idea yang lebih penting atau serius kepada sesuatu yang biasa, remeh-temeh atau melucukan. Istilah ini biasanya dihubungkan dengan kesan yang dialami oleh pembaca pada ketika sesuatu kejadian atau kisah itu diharapkannya akan menjadi suatu peristiwa yang lebih menarik, lebih hebat, lebih serius atau seumpamanya, tetapi pada akhirnya yang berlaku adalah sebaliknya. Antiklimaks mungkin mendatangkan kekuatan atau kelemahan kepada sesuatu kisah, bergantung pada sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Unsur ini mungkin dilakukan secara mendadak atau dengan menyusun cerita secara perlahan-lahan dan mengubahnya daripada penumpuan dan jangkaan sebenar pembaca.
anti-climaxantiklimaksKesusasteraanTiadaKekecewaan khalayak apabila klimaks dalam cerita yang diharapkan tidak tercapai.

Kembali ke atas