rudder pendant | anting-anting kemudi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
pendant lamp holder | pemegang lampu anting-anting | Teknik | Elektrik | Lihat pemegang lampu pendan. |
lighting outlet | alur keluar pelampuan | Teknik | Elektrik | alur keluar yang disambung terus pada pemegang lampu, pada kelengkapan lampu atau pada pangkalan kord pemegang lampu anting-anting. sinonim titik lampu. |
pendant lamp holder | pemegang lampu pendan | Teknik | Elektrik | Pemegang lampu yang dipasang berjuntai dengan kord boleh lentur. Biasanya pemegang lampu ini menggunakan pangkal kilas atau skru Edison. Sinonim pemegang lampu anting-anting. |
flexible cord | kord boleh lentur | Teknik | Elektrik | Pengalir berpenebat yang mempunyai beberapa lembaran dawai. Kord ini biasa digunakan untuk pemasangan pendawaian akhir ke peralatan mudah alih, contohnya kord dari pemegang lampu anting-anting ke siling, dan kord dari unit pemasak ke soket alur keluar. Ada pelbagai saiz kord boleh lentur; kord 0.5 mm persegi sesuai untuk pergantungan kelengkapan elektrik tidak melebihi 2 kg, 0.75 mm persegi sesuai untuk pergantungan yang tidak melebihi 3 kg, 1.0 mm persegi sesuai untuk pergantungan yang tidak melebihi 5 kg. Suhu ketahanan kord ini biasanya tidak melebihi 85oC dan mampu membawa arus 5-24A. |
addition of pawn item | penambahan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penokokan barang gadaian baharu sebagai tambahan terhadap barang gadaian sedia ada. Tujuan penokokan ini dilakukan adalah untuk mengukuhkan lagi nilai cagaran yang sedia ada. Contohnya, penggadai menggadaikan sepasang anting-anting emas sebagai cagaran asal kepada hutangnya dan kemudian menambah lagi seutas rantai emas untuk menguatkan cagaran yang asal tadi. Penambahan barang gadaian biasanya dibuat atas permintaan pegadai kerana dikhuatiri berlaku susut nilai barang gadaian asal. |
pressed switch | suis anting | Kejuruteraan | Tiada | Suis yang diatur untuk dipasang pada kabel boleh lentur. Sinonim: suis loket; suis pear; suis gantung. |