Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.tro.po.lo.gi] | انتروڤولوݢي

Definisi : pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya), kaji manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.tro.po.lo.gi] | انتروڤولوݢي

Definisi : ilmu ttg manusia, terutama yg berkaitan dgn asal usul (perkembangan, adat resam, kepercayaan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antropologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pubertybalighAntropologiTiadaTiada
anxietykebimbangan; kerisauanAntropologiTiadaBerkaitan dengan tekanan yang dialami oleh seseorang, dengan disertai oleh gangguan sistem saraf automasi dan disertai dengan rasa mual.
processproses; cuaran (anatomi)AntropologiTiadaTiada
fixationpengikatan; penetapan; pelekapan; pelekatan; lekatan bapaAntropologiTiadaTiada
analytical toolalat analisisSains PolitikPolitik PerbandinganTeori, konsep atau model yang kerap digunakan oleh ahli sains sosial, khususnya ahli antropologi, sosiologi, psikologi dan juga sains politik bagi memandu mereka memahami, meneliti dan menghurai sesuatu fenomena sosial yang wujud secara ilmiah. Melalui penggunaan alat ini, mereka akan melakukan generalisasi terhadap sesuatu fenomena sosial yang diteliti. Contohnya, konsep demokrasi permuafakatan digunakan oleh sarjana sains politik dalam meneliti fenomena politik gabungan yang wujud dalam masyarakat majmuk.
environmental impactkesan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti yang berkaitan dengan antropologi seperti pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar.
environmental impact potentialkeupayaan kesan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKebarangkalian terjadinya perebakan kesan negatif akibat aktiviti yang berkaitan dengan antropologi, contohnya pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar.
social sciencessains kemasyarakatanSains PolitikPolitik PerbandinganCabang ilmu atau sains yang mengkaji perlakuan manusia dalam aspek sosial dan budayanya. Bidang ini merangkumi disiplin antropologi, sosiologi, psikologi, sains politik, ekonomi, linguistik, geografi, pengajian pembangunan, komunikasi politik, undang-undang, ekonomi, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun disiplin undang-undang, ekonomi dan pengurusan perniagaan telah berkembang dengan pesat dan sudah memiliki subbidang tersendiri. Contohnya, bidang penyelidikan sains sosial di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor kaum kerana latar belakang masyarakat yang sangat majmuk. Sinonim sains sosial.
environmental riskrisiko alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKemungkinan ancaman atau potensi kesan buruk terhadap organisma hidup dan alam sekitar melalui aktiviti antropologi dan bencana alam. Contohnya, pelepasan sisa industri, pembakaran hutan, gempa bumi dan banjir.
archetypal criticismkritikan arketaipKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk.
12

Kembali ke atas