Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nu.ge.rah] | انوݢره

Definisi : pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara; menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nu.ge.rah] | انوݢره

Definisi : hadiah atau pemberian drpd orang yg lebih tinggi atau besar darjatnya; kurnia: Beliau mendapat ~ drpd sultan kerana jasanya kpd masyarakat. menganugerahi memberi seseorang anugerah; memberikan anugerah kpd; mengurniai: Baginda ~ pahlawan itu bintang kehormatan. menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah; mengurniakan: Baginda telah ~ pingat AMN kpd beliau. penganugerahan penyampaian atau pemberian anugerah; perbuatan (hal dsb) menganugerahi atau menganugerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anugerah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
factor endowmentanugerah faktorEkonomiTiadaSumber yang terdapat dalam sesebuah negara yang boleh digunakan sebagai faktor dalam pengeluaran barang-barang untuk dieksport. Teori perdagangan antarabangsa menyatakan bahawa wujud kecenderungan bagi sesebuah negara untuk mengkhusus dalam pengeluaran barang eksport yang menggunakan secara intensif faktor yang di anugerah dengan banyak.
laureatepenerima anugerahUmumTiadaIndividu yang diberi penghormatan atau pingat bagi suatu pencapaian.
backgroundlatarKesusasteraanTiadaRuang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan.

Kembali ke atas