Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.bi.la] | اڤابيلا

Definisi : (kata penghubung ayat yg bererti) pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apabila

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dielectricdielektrikNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPenebat elektrik yang boleh terkutub apabila dikenakan medan elektrik. Apabila bahan dielektrik diletakkan dalam medan elektrik, cas elektrik tidak mengalir melalui bahan tesebut tetapi hanya teranjak sedikit daripada kedudukan keseimbangan purata menyebabkan pengutuban dielektrik.
undertowarus bawahSains MarinTiadaArus yang berlaku apabila terdapat perbezaan kekuatan antara pecahan ombak. Apabila ombak bergerak dari air dalam ke air cetek, ia akan berpecah apabila menghampiri pantai. Arus bawah selalu mencari jurang di dasar laut untuk kembali ke tengah laut. Sinonim arus karau.
pubertypubertiVeterinarTiadaMasa apabila haiwan mula membebaskan sel germa matang yang menandakan organ pembiakan mula berfungsi. Puberti berlaku pada haiwan jantan apabila pancutan semen yang mengandungi sperma mencukupi untuk membuntingkan haiwan betina. Pada haiwan betina pula, permulaan puberti terjadi apabila berlakunya estrus pertama dan diiringi oleh pengovulan. Faktor yang mempengaruhi permulaan puberti termasuk iklim, aras pemakanan, pewarisan dan pembebasan hormon seperti gonadotrofin yang mencukupi.
polyuriapoliuriaVeterinarTiadaKeadaan apabila urin banyak dan kerap dikeluarkan. Poliuria boleh berlaku apabila air banyak diminum ataupun disebabkan oleh penyakit seperti diabetes melitus dan penyakit ginjal polisista.
flocculationpengelompokanFizikNanoteknologiProses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah.
Giffen goodsbarang GiffenEkonomiTiadaBarang yang permintaannya berkurangan apabila harga turun. Ini kerana apabila harga turun, pendapat benar pengguna akan meningkat dan sebaliknya. Ini menyebabkan pengguna itu membeli barang lain dan mengurangkan pembelian barang Giffen. Misalnya, beras hancur.
electrochromicelektrokromikFizikNanoteknologiKeadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida.
sputteringpercikanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanProses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas.
Volhard methodkaedah VolhardKimiaKimia AnalisisKaedah penitratan argentometri apabila argentum dititratkan dengan kalium tiosianat piawai. Titik akhir tercapai apabila terbentuk mendakan putih AgSCN.
singlet electronic statekeadaan elektronik singletKimiaKimia AnalisisKeadaan elektronik sesuatu atom apabila kemultipelannya bersamaan dengan satu. Keadaan ini berlaku apabila tindak ada elektron yang tidak berpasangan.
12345678910...

Kembali ke atas