Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pli.ka.si] | اڤليکاسي

Definisi : kegunaan (pd praktiknya); mengaplikasikan menggunakan secara prak­tik atau amali, melaksanakan atau meng­gunakan pd amalan: mereka menge­tahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg baru dimulainya; pengaplikasian perihal (perbuatan) meng­aplikasikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pli.ka.si] | اڤليکاسي

Definisi : 1 kegunaan (pd praktiknya). 2 ist atur cara atau program komputer yg direka khusus utk kegunaan tertentu. mengaplikasikan menggunakan secara amali: Setiap pelajar perlu ~ pengetahuan yg dipelajari di sekolah dlm kehidupan harian. pengaplikasian perihal atau perbuatan mengaplikasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aplikasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
AndroidAndroid-TiadaSistem operasi peranti mudah alih yang dibangunkan oleh Google untuk membolehkan peranti menjalankan aplikasi termasuklah aplikasi yang melibatkan penerbitan.
iOSiOS-TiadaSistem operasi peranti mudah alih yang dibangunkan oleh Apple Inc. untuk membolehkan peranti menjalankan aplikasi termasuklah aplikasi yang melibatkan penerbitan.
application proxyproksi aplikasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAtur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi.
mail application programming interface (MAPI)antara muka pengaturcaraan aplikasi mel (MAPI)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka pengaturcaraan yang membolehkan aplikasi menghantar dan menerima mel melalui sistem pemesejan mel Microsoft. Antara muka ini merupakan sebahagian daripada seni bina perkhidmatan membuka Windows (WOSA) dan merupakan sebahagian daripada semua sistem pengendalian Windows. Antara muka ini merupakan satu set fungsi API dan sebagai antara muka OLE yang membenarkan pemesejan pelanggan berinteraksi dengan beberapa perkhidmatan mesej. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API).
application program interfaceantara muka atur cara aplikasi (API)Teknologi MaklumatTiadaPerisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain.
application programme interface (API)antara muka atur cara aplikasi (API)Teknologi Maklumate-PembelajaranPerisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain.
decision making applicationaplikasi pembuat keputusanTeknologi Maklumate-KesihatanAtur cara yang direka bentuk untuk membantu membuat keputusan yang wajar berdasarkan penyusunan maklumat daripada kombinasi data mentah, dokumen, pengetahuan peribadi atau model perniagaan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Aplikasi ini menggabungkan kekuatan pemikiran manusia dengan kekuatan sistem pemodelan untuk mendapatkan keputusan yang optimum dan lebih tepat. Contoh penggunaan aplikasi ini adalah dalam menentukan rawatan yang terbaik kepada pesakit berdasarkan maklumat penyakit dan risiko yang akan dihadapi.
mobile healthkesihatan mudah alihTeknologi Maklumate-KesihatanAplikasi yang berkaitan dengan amalan perubatan dan kesihatan awam yang disokong oleh peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar. Aplikasi ini membantu mengumpul data kesihatan klinikal, menghantar maklumat penjagaan kesihatan kepada para pengamal, penyelidik, dan pesakit serta memantau tanda-tanda penyakit pada masa nyata.
closed security environmentpersekitaran keselamatan tertutupTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPersekitaran yang memenuhi keadaan yang berikut: 1. Pembangun aplikasi yang mempunyai autoriti atau disahkan bahawa mereka tidak pernah membina atau terlibat dengan logik hasad. 2. Kawalan konfigurasi yang menyediakan jaminan yang cukup bahawa suatu peralatan dan aplikasi dilindungi daripada logik hasad sebelum dan semasa operasi aplikasi sistem.
learning tools interoperability (LTI)saling kendali alat pembelajaran (LTI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPiawaian yang menetapkan kaedah menggandingkan pelbagai aplikasi pembelajaran untuk dijalankan atas pelbagai platform pembelajaran. Contohnya, aplikasi pembelajaran AmazonKindle digandingkan dengan platform awan dan Android, iBook digandingkan dengan platform awan dan iOS, dan Google Classroom digandingkan dengan platform Windows, MacOS dan awan.
12345678

Kembali ke atas