Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg ter­katung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang; berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = ter­apung-apung; berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~; mengapung 1. timbul ke permukaan air, ter­katung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; mengapungkan membuat supaya meng­­apung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air; terapung tidak tenggelam; terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air; ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan ber­sama-sama ditanggung; ~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka; apungan 1. sesuatu yg berapung atau ter­apung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertu­kar­an wang tanpa campur tangan drpd kera­jaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = apung-apung benda yg tidak tenggelam atau yg terkatung-katung di air. berapung ada apungnya. berapungan timbul di permukaan air dgn banyaknya. mengapung 1 timbul di permukaan air; tidak tenggelam. 2 naik ke atas; terbang di udara. mengapungkan membiarkan atau menjadikan mengapung: Dia ~ kapal mainannya di air. terapung, terapung-apung 1 terkatung-katung di permukaan air: Tudung saji itu hanyut ~. 2 bermain-main di permukaan air dgn menggunakan perahu dsb. apungan sesuatu atau benda yg mengapung. keapungan kemampuan atau daya mengapung. pengapungan cara (hal dsb) mengapung atau mengapungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apung

Puisi
 

Kayu ara buat apung,
     Tetak duri tanah bukit;
Kalau abang jauh kampung,
     Mari sini awal sikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Apung di tengah lautan;
     dipukul ombak,
sekejap ke tengah sekejap ke tepi.

Bermaksud :

Orang dagang yang melarat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buoyant forcedaya apungSains SukanBiomekanikDaya tolakan yang disebabkan oleh tekanan cecair untuk membolehkan objek terapung. Daya apung diaplikasikan menggunakan Prinsip Archimedes. Jumlah daya apung bersamaan dengan berat cecair yang disesarkan oleh objek apabila objek direndam dalam cecair tersebut. Daya apung membolehkan objek terapung atau kelihatan ringan.
float systemsistem apungKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang mengawal masukan bahan api ke dalam karburetor dan aras bahan api dalam mangkuk apung. Sekiranya aras bahan api dalam mangkuk apung berkurangan, pelampung akan turun dan membesarkan bukaan injap jarum. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak bahan api masuk ke dalam mangkuk dan seterusnya menolak pelampung ke atas dan mengecilkan bukaan injap jarum.
centre of volumepusat isi paduSains SukanBiomekanikTitik yang menyeimbangkan keseluruhan isi padu jasad dan menjadi titik tindakan daya apung. Lihat juga daya apung.
needle valveinjap jarumKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam karburetor berbentuk jarum yang mengawal laluan bahan api ke dalam mangkuk apung. Injap ini terbuka atau tertutup mengikut aras pelampung. Tindakan ini mengawal aras bahan api dalam mangkuk apung supaya tetap pada aras tertentu untuk mengelakkan bekalan bahan api daripada berlebihan atau melimpah dari mangkuk apung.
float systemsistem apungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdapat di dalam karburetor, yang mengawal kemasukan dan aras bahan api yang berada di dalam mangkuk pelampung karburetor.
float bowlmangkuk apungKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian dalam badan karburetor utama yang dilengkapi pelam- pung yang mengawal injap jarum. Mangkuk ini berfungsi se bagai takungan bahan api dan menjadi tempat perkadaran bahan Tapi untuk dicampurkan dengan udara yang melalui karburetor.
floating floorlantai apungPenilaian Harta TanahTiadaTiada
neustonneustonSains MarinTiadaOrganisma akuatik kecil atau plankton yang terapung-apung dan berenang di permukaan air atau mendiami lapisan permukaan dengan bergerak ke kawasan pertemuan udara dan air.
metering-rod jetjet rod pengukurKejuruteraan AutomotifEnjinLubang dalam mangkuk apung karburetor yang berfungsi mengalirkan bahan api ke bahagian venturi untuk dicampurkan dengan udara pengambilan. Aliran bahan api ini dikawal oleh rod pengukur.
planktonplanktonSains MarinTiadaOrganisma kecil dan mikroskopik yang hidup di dalam badan air seperti laut, tasik, sungai dan kolam yang mempunyai keupayaan renang terhad dan terapung-apung atau hanyut mengikut peredaran arus. Plankton dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu fitoplankton dan zooplankton. Organisma plankton yang utama adalah seperti diatom dan pelbagai alga mikroskopik lain, protozoa, krustasia kecil, peringkat larva dan telur berbagai-bagai jenis organisma.

Kembali ke atas