Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra.bés] | عرابيس

Definisi : (arabés) 1. corak hiasan pd catan, ukiran kayu dsb yg bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yg disusun dgn garisan bersegi, bergeometri atau ber­lengkok-lengkok, awan larat; 2. kedudukan penari balet yg berdiri di atas sebelah kaki sementara kaki yg sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arabes


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iluminated manuscriptmanuskrip berhiasKesusasteraanTiadaBahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas.

Kembali ke atas