Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rah] | اره

Definisi : 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rah] | اره

Definisi : 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah

Puisi
 

Tanjung Sempit Kuala Tembeling,
     Arah menghala Lautan Cina;
Dia mengenyit saya menjeling,
     Kenapa seorang jadi merana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pikat kehilangan mata.

Bermaksud :

Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anisotropictak isotropikSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan keanjalan bahan yang bergantung pada arah tindakan daya. Sesuatu bahan isotropik mempunyai kekuatan arah dan keanjalan modulus yang lebih kental apabila ditarik pada satu arah berbanding arah yang lain.
secular trendarah aliran sekularEkonomiTiadaKecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular.
absolute constant errorralat tekal mutlakSains SukanBiomekanikRalat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan.
Ekman transportangkutan EkmanSains MarinTiadaPergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah terhadap arah tiupan angin permukaan yang disebabkan oleh kesan Coriolis. Arah pergerakan bergantung pada kedudukan di hemisfera bumi. Di hemisfera utara, angkutan berlaku daripada 90 darjah ikut arah jam terhadap arah angin, manakala di hemisfera selatan berlaku pada sudut 90 darjah lawan arah jam. Berdasarkan teori Ekman, aliran permukaan bergerak pada sudut 45 darjah terhadap angin permukaan disebabkan keseimbangan antara dayaoriolis dan seretan angin serta air. Jika lautan dibahagikan kepada lapisan-lapisan tipis, magnitud halaju aliran semakin menyusut berbanding nilai maksimum pada permukaan sehingga akhirnya sifar pada kedalaman tertentu. Arah aliran juga beralih sedikit demi sedikit merentasi setiap lapisan. Fenomena ini dikenali sebagai lingkaran Ekman, dan lapisan air dari bahagian permukaan hingga ke kedalaman yang menyebabkan kesan ini hilang dikenali sebagai lapisan Ekman. Jika semua aliran pada lapisan Ekman diintegrasikan, maka hal ini akan menyebabkan pergerakan bersih air laut pada sudut 90 darjah di sebelah kanan angin permukaan di hemisfera utara atau di sebelah kiri di hemisfera selatan.
trendarah aliranEkonomiTiadaArah pergerakan jangka panjang sesuatu pemboleh ubah dalam data siri masa. Arah aliran ini biasanya dikira dengan menggunakan kaedah regresi atau purata bergerak.
left hand rulehukum tangan kiriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah yang digunakan untuk menentukan arah aliran elektron dan arah garis-garis daya pada pengalir yang dilalui oleh arus.
long path burnerpenunu panjang laluanKimiaKimia AnalisisPenunu yang menghasilkan nyalaan melebar ke atas arah bersudut tepat dengan arah gerakan gas nyalaan. Penunu ini digunakan untuk mendapatkan penyerapan yang lebih tinggi.
throwout bearinggalas balingKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGalas yang terdapat dalam bahagian cekam, yang boleh bergerak arah ke dalam atau arah ke luar yang digerakkan oleh tuil bercabang melalui tindakan penekanan enjak cekam.
sprag clutchcekam sehalaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCekam dalam sistem penghantaran automatik, yang memindahkan kuasa pada satu arah sahaja, tidak pada arah yang bertentangan.
optical rotationputaran optikHerbaTiadaDarjah atau arah anjakan cahaya terkutub satah apabila melalui bahan kiral, seperti isomer suatu sebatian kimia akan memutarkan cahaya terkutub satah mengikut arah jam dengan simbol + (dekstroputaran) atau melawan arah jam dengan simbol � (levoputaran). Putaran optik ialah kaedah rasmi untuk menentukan kualiti minyak herba dan madu. Contohnya nilai putaran optik bagi minyak serai wangi (�4� hingga +5�, BP), minyak pala (+8� hingga +18�, BP) dan madu (maks.+0.6�, BP).
12345678910...

Kembali ke atas