Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.bi.traj] | اربيترج

Definisi : usaha membeli barang di suatu tempat utk dijualkan di tempat lain bagi men­dapat-kan keuntungan; si ~ orang yg melaku­kan usaha tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arbitraj


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbitragearbitrajEkonomiTiadaKegiatan membeli pertukaran asing, sekuriti, atau komoditi di satu pasaran dan menjualnya di pasaran lain secara serentak dengan harga yang lebih tinggi. Kegiatan ini berlaku kerana terdapat perbezaan harga antara dua pasaran. Kemudahan memindahkan mata wang melalui telegraf antara pusat perdagangan di Kuala Lumpur dengan pusat perdagangan di New York atau di London, membolehkan arbitraj terhadap mata wang dilakukan.
covered interest arbitragearbitraj bunga dilindungiEkonomiTiadaKegiatan memindahkan dana kewangan jangka pendek ke sebuah negara yang mempunyai kadar bunga yang lebih tinggi yang disertai dengan tindakan menutup kemungkinan kerugian akibat risiko turun naik kadar pertukaran. Tindakan mengelak kemungkinan kerugian boleh dilakukan dengan membeli mata wang asing di pasaran serta-merta, dan pada masa yang sama menjual mata wang itu di pasaran ke depan.
uncovered interest arbitragearbitraj bunga tak dilindungiEkonomiTiadaKegiatan memindahkan dana kewangan jangka pendek ke sebuah negara yang mempunyai kadar bunga yang lebih tinggi tanpa disertai dengan tindakan untuk mengurangkan kemungkinan kerugian akibat risiko turun naik kadar pertukaran.

Kembali ke atas