arena | arena | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang tengah yang terbuka dalam gelanggang berbentuk bulat atau bujur yang mempunyai tempat duduk bertingkat atau ruang awam yang menjadi tempat acara pertandingan, pameran atau pertunjukan muzik. Ruang ini terletak di aras paling bawah supaya dapat dilihat secara maksimum dan biasanya direka bentuk bagi menampung jumlah penonton yang besar. |
arena stage | pentas arena | Kesusasteraan | Tiada | Pentas atau ruang lakon yang dikelilingi oleh khalayak. |
contestation | persaingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan. |
memoir | memoir | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk tulisan autobiografi yang menceritakan peristiwa umum yang disaksikan pengarang, berbanding dengan kehidupannya sendiri. Justeru, tidak seperti kebanyakan autobiografi, memoir memfokus pada peristiwa luaran berbanding dengan perasaan dalaman pengarang. Memoir biasanya merakamkan periode dalam kehidupan pengarang yang selari dengan peristiwa sejarah yang penting. Contohnya, karya Lilian Hellman berjudul Pentimento dan Memoir Arena Wati: Enda Gulingku oleh SN Arena Wati. Lihat juga autobiografi. |
oxymoron | oksimoron | Kesusasteraan | Tiada | Cantuman dua atau lebih perkataan secara berturutan dan maknanya bertentangan, berlawanan dan tidak sepadan. Oksimoron ialah alat bahasa yang lumrah dan berkait rapat dengan paradoks serta antitesis terutamanya dalam karya puisi. Contoh oksimoron terdapat dalam Romeo and Juliet karya Shakespeare. Romeo menggunakan oksimoron seperti �O loving hate�, dan �O heavy lightness�. Dalam bahasa Melayu, oksimoron boleh dilihat dalam ungkapan seperti �pahit manis� dan �susah senang�. Dalam contoh ini, perkataan �susah� berlawanan atau bertentangan dengan perkataan �senang�. Oksimoron ditemui dalam sajak Arena Wati berjudul �Kelahiran�. Petikan sajaknya seperti yang berikut: �Tempatku datang, pindah...� Contoh lain ditemui dalam sajak bertajuk �Ibu yang Satu� oleh Mohd Amran Daud melalui petikan: �Menghiburkan diriku siang malam�. |
cooptation | pilih lantik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |
interior monologue | monolog dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkner. Antara penulis Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Shahnon Ahmad dalam karyanya Igau dan Arena Wati dalam novel Panrita. |