archaism | arkaisme | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu. |
poetic diction | diksi puitis | Kesusasteraan | Tiada | Pemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian. |