Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ro.ma.té.ra.pi] | اروماتيراڤي

Definisi : (aromatérapi) sj rawatan yg meng­gunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ro.ma.té.ra.pi] | اروماتيراڤي

Definisi : /aromatérapi/ rawatan yg menggunakan minyak atau ekstrak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk tujuan perubatan atau utk kecantikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aromaterapi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aromatherapyaromaterapiHerbaTiadaAmalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik.
aromatheraphyaromaterapiHerbaFitoterapiPenjagaan kesihatan menggunakan minyak pati daripada bahagian beraroma tumbuhan seperti bunga, daun, kulit kayu dan akar kayu.
complementarypelengkapHerbaFitoterapiKaedah atau cara perubatan tradisional selain bioperubatan atau perubatan moden. Pelengkap terdiri daripada homeopati, aromaterapi dan perubatan herba.

Kembali ke atas