anthraquinone | antrakuinon | Herba | Pemiawaian | Sebatian organik aromatik yang mempunyai kumpulan keton yang terikat di pusat gelang. Antrakuinon merupakan terbitan daripada kumpulan kuinon, mempunyai kumpulan hidroksi dengan ciri fenolik dan bertabur secara meluas dalam kulat, liken dan tumbuhan peringkat tinggi. Antrakuinon juga merupakan kumpulan pigmen pewarna yang terbesar dan dikenali juga sebagai 9,10-antrakuinon. Contohnya, aloin, barbaloin, aloe-emodin yang diperoleh daripada bahagian daun lidah buaya (Aloe vera). |
isoflavone | isoflavon | Herba | Pemiawaian | Sebatian flavonoid yang dicirikan dengan satu gelang aromatik yang terikat pada unit kromana pada kedudukan C-3. Contoh sebatian ialah genistein daripada kacang dal atau kacang kayu (Cajanus cajan). |
Ah locus | lokus Ah | Sains Kesihatan | Tiada | Kedudukan pada gen yang mengawal atur gerak balas induksi enzim akibat tindakan hidrokarbon aromatik. |
shif reagent | reagan anjakan | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan. |
unleaded gasoline | gasolin tanpa plumbum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gasolin yang tidak mengandungi plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Gasolin tanpa plumbum mempunyai pengkadaran oktana yang melebihi RON 87 melalui penambahan bahan, iaitu hidrokarbon aromatik seperti benzana bagi mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyebabkan kadar kehausan yang lebih tinggi pada bahagian dalaman enjin era 80-an dan sebelumnya seperti dudukan injap dan pandu injap. Namun, masalah ini tidak berlaku pada enjin era 90-an dan seterusnya kerana bahagian tersebut diperkuatkan untuk mengelakkan kehausan. Sinonim petrol tanpa plumbum Banding gasolin berplumbum. |
Kharasch addition reaction | tindak balas campuran Kharasch | Fizik | Nanoteknologi | Proses tindak balas kimia yang melibatkan pencampuran tetraklorometana dengan pelopor polimer metil metakrilat. Tindak balas ini dibantu oleh bahan pemangkin dendrimer yang terdiri daripada sebatian aromatik yang mengandungi nikel (Ni). |
quinone | kuinon | Herba | Pemiawaian | Kumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia). |