heavy metal | logam berat | Herba | Tiada | Bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink. Lihat juga kontaminasi logam berat. |
heavy metal contamination | kontaminasi logam berat | Herba | Tiada | Pencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing. |
atomic absorption spectroscopy | spektroskopi serapan atom | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah analitikal menggunakan serapan cahaya untuk mengukur kepekatan unsur seperti kromium, plumbum dan arsenik dalam sampel cecair atau pepejal. Sampel perlu ditukar dari bentuk cecair atau pepejal kepada bentuk wap bagi membolehkan analisis dilaksanakan. |
atomic spectrophotometry | spektrofotometri atom | Herba | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menganalisis komposisi unsur logam. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengawal keselamatan bahan mentah atau produk herba dengan memeriksa kandungan logam berat seperti merkuri, arsenik, plumbum dan kadmium. |
silicon | silikon | Fizik | Nanoteknologi | Unsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410�C, suhu didih 2,355�C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik. |