aneurysm | aneurisme | Kejururawatan | Tiada | Pengembangan luar biasa pada dinding arteri yang menyebabkan arteri itu mudah pecah. |
atherosclerosis | aterosklerosis | Kejururawatan | Tiada | Pembentukan plak berlemak yang menyelaputi dinding dalam arteri hingga menyebabkan arteri menjadi sempit dan boleh mengakibatkan pengaliran darah terganggu. |
arterial oxygen content (CaO₂) | kandungan oksigen arteri (CaO₂) | Perubatan | Tiada | Kandungan oksigen dalam darah arteri normal » 20 ml/100 ml darah arteri) yang terdiri daripada oksigen yang bergabung dengan hemoglobin dan oksigen yang larut dalam plasma. Sebahagian besarnya dalam bentuk gabungan oksigen-hemoglobin. |
coronary artery diseases | penyakit-penyakit arteri koronari | Kejururawatan | Tiada | Keadaan atau penyakit yang disebabkan oleh kesempitan arteri koronari yang mengakibatkan gangguan bekalan darah ke miokardium. Contoh, angina pektoris dan infarksi miokardium. |
hypertension | hipertensi | Herba | Pemiawaian | Tekanan darah arteri yang tinggi dan berterusan melalui beberapa kali bacaan, iaitu tekanan sistole 140 � 200 mmHg atau lebih, dan tekanan diastole 90 � 110 mmHg atau lebih. Keadaan ini disebabkan oleh tekanan terhadap dinding arteri atau rintangan vaskular periferi yang tinggi. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hipertensi ialah ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan peria katak (Momordica charantia). |
artery | arteri | Kejururawatan | Tiada | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke semua bahagian tubuh. Dindingnya terdiri daripada serat otot licin yang mengecut atau mengendur di bawah kawalan sistem saraf simpatetik. |
vesicular artery | arteri vesikel | Biologi | Tiada | Tiada |
arteriosclerosis | arteriosklerosis | Kejururawatan | Tiada | Keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan. Keadaan ini menyebabkan aliran darah terganggu. |
atheroma | ateroma | Kejururawatan | Tiada | Kemerosotan dinding arteri akibat pembentukan plak-plak berlemak dan tisu berparut yang mengehadkan aliran darah dan cenderung kepada pembentukan trombosis. |
arteriole | arteriol | Kejururawatan | Tiada | Cabang kecil sesuatu arteri yang menghala ke kapilari. |