X-ray fluorescence | pendarflour sinar-X | Arkeologi | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menganalisis kandungan artifak, sampel disinari dengan pancaran sinar-X untuk mendapatkan elektron yang bercampur dengan atom pada permukaan artifak. Tujuan analisis ini untuk mengetahui sumber bahan mentah dan juga persamaan elemen yang digunakan untuk mengenal pasti lokasi bahan dan taburan artifak. Teknik ini tidak merosakkan artifak yang dikaji. |
film artefacts | artifak filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kesan atau tanda yang terdapat atas filem radiografi yang bukan disebabkan oleh kecacatan pada bahan yang diuji, tetapi disebabkan oleh kecuaian pengendalian semasa pemprosesan filem. Contoh artifak ialah tanda jari, kesan terlipat dan percikan kimia. |
kink marks | kesan tanda | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Artifak kekal pada filem radiografi akibat kesilapan pengendalian filem sebelum atau semasa proses dedahan dilaksanakan. Kesilapan tersebut boleh menghasilkan bentuk imej seperti kesan cengkaman kuku atau lipatan pada filem. |
metafiction | metafiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya fiksyen yang bertujuan untuk mengangkat karya sastera sebagai artifak yang mempersoalkan hubungan antara fiksyen dengan realiti. Karya metafiksyen ini disampaikan melalui teknik parodi atau merombak teknik naratif konvensional. |
digital image | imej digital | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Perwakilan imej dalam bentuk digital. Pendigitan imej analog membenarkan perkembangan dan penambahbaikan proses analisis dalam bidang seperti pemeliharaan artifak, perubatan, astronomi, perundangan, dan pertahanan. Keupayaan pengkomputeran yang tinggi memudahkan lagi pemprosesan imej digital dengan lebih tepat, seperti pembinaan semula imej tengkorak yang rosak akibat kemalangan. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |
distance marker | penanda jarak | Kesusasteraan | Tiada | Elemen teks yang dimanipulsi oleh penulis untuk mengedarkan pembaca. Pembaca disedarkan tentang kehadiran dua dunia yang berbeza, iaitu dunia yang dikenali dan dunia yang tidak dikenali. Penggunaan element teks seperti ini biasanya terdapat dalam karya sains fiksyen dan fantasi. Contohnya, novel bertajuk The Time Machine oleh H. G. Wells. Apabila protagonisnya, iaitu seorang pengembara yang dapat merentasi jarak dan masa, menemui artifak pada zamannya, maka penemuan artifak tersebut merupakan penanda jarak antara dunia kini dengan dunia futuristik. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |