Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rus] | اروس

Definisi : 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara ber­­asingan drpd kedudukannya dlm ~ pen­­ce­ri­taan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ per­ubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (peng­hidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota; ~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg mem­bawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ per­dana pembangunan; berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupa­nya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.rus] | اروس

Definisi : 1 aliran air (udara, elektrik dsb). 2 ki kejadian atau peristiwa yg berlakunya dlm sesuatu masa; perkembangan: ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): Tiada kawasan di negeri ini yg disisihkan drpd ~ perdana pembangunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arus

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai galah di tengah arus.

Bermaksud :

Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
littoral currentarus litoralSains MarinTiadaArus yang dihasilkan oleh ombak pecah apabila ombak menghampiri pantai pada suatu sudut, air dipaksa naik ke atas pantai dan menjana arus. Arus ini mengalir selari dengan pantai dan biasanya sering terjadi di kawasan pantai yang berbentuk lurus. Lihat juga arus susur pesisir.
feeder currentarus penyuapSains MarinTiadaBahagian arus karau yang mengalir selari dengan pesisir pantai sebelum menumpu dengan arus ini dan arus lain untuk membentuk leher arus karau. Arus ini adalah ciri yang paling penting dalam pembentukan arus tetap.
tunneling currentarus penerowonganNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSejenis arus yang berlaku apabila nisbah ketumpatan arus melepasi sawar yang dibahagi dengan ketumpatan arus tuju tersebut yang bernilai bukan 0 (sawar ultranipis dan elektron yang mencukupi), maka elektron tersebut berjaya melepasi sawar. dengan Io = arus tuju, It = arus sawar, E = tenaga dan V = tenaga keupayaan.
charging currentarus pengecasanKimiaKimia Analisis1. Arus elektrik yang dialirkan dalam sel ketika proses pengecasan sedang dilakukan. Dalam proses ini tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kimia yang tersimpan dalam sel tersebut. 2. Arus elektrik yang terhasil daripada aliran elektron apabila proses pengecasan titisan raksa terhadap larutan berlaku dalam polarografi. Ia merupakan salah satu komponen arus baki. bd. arus baki.
tidal currentarus pasang surutSains MarinTiadaPergerakan berkala air laut yang disebabkan oleh gerakan pasang surut air laut akibat kenaikan dan penurunan arus air laut. Gerakan menegak pasang surut berhampiran pantai menyebabkan air laut bergerak mendatar dan mewujudkan arus. Selain itu, arus ini terbentuk disebabkan oleh faktor seperti corak cuaca tempatan (gelombang sinaran), ciri-ciri laut (pasang surut) dan faktor geografi.
undertowarus bawahSains MarinTiadaArus yang berlaku apabila terdapat perbezaan kekuatan antara pecahan ombak. Apabila ombak bergerak dari air dalam ke air cetek, ia akan berpecah apabila menghampiri pantai. Arus bawah selalu mencari jurang di dasar laut untuk kembali ke tengah laut. Sinonim arus karau.
polarographic wavegelombang polarografiKimiaKimia AnalisisLengkung arus lawan voltan dalam polarogram yang mencirikan fenomena elektrod secara kualitatif bagi proses penurunan. Kenaikan mendadak daripada arus baki kepada arus pengehad di dalam polarogram disebabkan oleh penurunan sesuatu spesies dalam sel polarografi. Gelombang ini merupakan ciri spesies yang terturun.
diffusion currentarus pembauranKimiaKimia AnalisisArus mengehad yang terhasil akibat daripada penghijrahan ion dalam larutan, apabila diberikan suatu beza keupayaan di antara elektrod-elektrodnya. Nilai arus ini ditentukan oleh kadar pembauran ion ke dalam lapisan sekeliling elektrod. Kadar pembauran berkadar terus dengan kepekatan ion itu. bd. polarografi.
current efficiencykecekapan arusKimiaKimia AnalisisNisbah jisim bahan yang dibebaskan oleh arus yang diberikan dalam suatu proses elektrokimia, terhadap arus yang diperlukan secara teori untuk membebaskan bahan mengikut hukum Faraday.
rectifierpenerusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.
12345678910...

Kembali ke atas