ESU of current | ESU arus elektrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit ukuran arus elektrik teraruh elektrostatik yang bersamaan dengan 3.3356 x 10-10 ampere. |
conductivity | kekondukan | Kejuruteraan | Petroleum | Ukuran mengenai keupayaan satu unit isi padu bahan untuk membenarkan arus elektrik menerusinya. Semakin besar arus elektrik yang dapat lalu, semakin bersarlah kekondukan bahan tersebut. Parameter ini adalah merupakan salingan kepada keberintangan. unit yang biasa dipakai ialah mho atau mnho (mili-mho). |
coulometer | kulometer | Kimia | Tiada | Sel elektrolik yang digunakan untuk mengukur kuantiti arus elektrik melalui mendakan logam di katod semasa elektrolisis. Kuantiti keseluruhan arus elektrik yang melalui elektrolit dapat dikira daripada pertambahan jisim katod dan setaraan elektrokimia logam tersebut. |
conductivity of water, electrical | kekonduksian elektrik air | Hidrologi | Tiada | Kemampuan air untuk mengalirkan arus elektrik, dinyatakan sebagai arus elektrik per unit keluasan dibahagi dengan susutan voltan per unit jarak. |
elektrik current | arus elektrik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Dalam keelektrikan atmosfera, sebarang pergerakan cas elektrik di dalam ruang yang menyebabkan terjadinya pengangkutan bersih cas. Misalnya arus elektrik dalam arus konduksi, arus perolakan, dan arus kerpasan. |
arc discharge | nyahcas arka | Teknik | Elektrik | Arus elektrik arus terus di antara dua elektrod dalam gas atau wap yang mempunyai ketumpatan arus tinggi dan nisbah susut voltan rendah. |
resistivity | keberintangan | Kejuruteraan | Petroleum | Ukuran mengenai keupayaan satu unit isi padu bahan untuk menahan atau merintangi arus elektrik daripada melaluinya. Semakin kuat daya rintangan semakin kecillah kuantiti arus elektrik yang dapat lalu menerusi bahan tersebut. |
relay | geganti | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis elektromagnet atau peranti pengawal yang menggunakan arus elektrik kecil untuk membuka dan menutup suis litar elektrik lain yang menggunakan arus elektrik yang lebih tinggi. |
electric energy | tenaga elektrik | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Tenaga yang dipunyai oleh arus elektrik apabila berada di dalam medan eletkrik. 2. Tenaga arus elektrik apabila berada di dalam medan magnet. |
electric current | arus elektrik | Fizik | Tiada | Tiada |