cold site | tapak sejuk | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tapak sandaran yang mempunyai kelengkapan yang minimum berbanding tapak asal. Tapak ini bukan sahaja tidak mengandungi salinan data dan maklumat sandaran tetapi juga tidak mengandungi perkakasan dan sistem rangkaian yang sedia beroperasi. Hal ini menjadikan kos penyediaan tapak sejuk adalah lebih murah berbanding kos penyediaan tapak panas bagi sesebuah organisasi. Kekurangan kelengkapan dalam tapak sejuk menyebabkan tapak ini memerlukan masa yang agak lama untuk beroperasi pada kapasiti yang sebenar jika berlaku sebarang gangguan pada tapak asal. Kelewatan ini berlaku kerana sesebuah organisasi yang terlibat perlu menyediakan prasarana pengkomputeran seperti perkakasan rangkaian komputer dan pita sandaran. Banding tapak panas. |
supranationalism | supranasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya. |
open-loop control | kawalan lingkaran terbuka | Sains Sukan | Biomekanik | Mekanisme kawalan motor manusia, apabila semua maklumat perlu dimulakan dan dirancang untuk memulakan pergerakan. Sebaik sahaja pergerakan bermula, pergerakan tersebut akan mengikut arahan asal dan tiada perubahan berlaku ke atas pergerakan. Mekanisme ini melibatkan jenis pergerakan yang pantas. Contohnya, seorang penjaga gol yang menangkap bola yang ditendang dengan pantas. |
sector virus | virus sektor | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but. |
type | tipa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu. |
social mobility | mobiIiti sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memungkinkan seseorang itu mendaki hierarki sosial kepada status yang lebih tinggi kesan daripada faktor tertentu seperti pekerjaan atau pendapatan yang lebih baik. Mobiliti ini wujud dalam masyarakat terbuka yang membolehkan seseorang itu memperbaik kedudukannya. Ini berbeza dengan masyarakat tradisional yang hierarkinya tetap atau tertutup, seperti anak petani akan terus menjadi petani manakala anak bangsawan akan terus menjadi bangsawan. Seorang yang lahir sebagai anak petani akan berada dalam hierarki sosial yang rendah tetapi ia boleh meningkatkan taraf kedudukannya dengan berusaha dan menjadi seorang doktor atau jurutera lalu memiliki status sosial yang lebih baik. Mobiliti sosial di Malaysia kini sangat terbuka, sesiapa sahaja yang layak dan berjaya boleh menjawat jawatan penting dalam ekonomi atau poIitik tanpa mengira asal kedudukannya. |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato. |