provenance | provenans | Sejarah | Tiada | 1. Asal-usul, tempat asal atau punca asalnya sesuatu kejadian atau benda pada zaman moden dalam kajian arkeologi. |
restitution | restitusi; pengembalian asal; pulihan; pemulihan | Kejuruteraan | Tiada | 3. Pengembalian jasad ke kedudukan asalnya setelah tersesar atau terubah bentuk,4. Siri keadaan yang diandai disebabkan pemodulatan telegraf oleh peranti yang bersesuaian bagi radas penerimaan, dengan setiap keadaan bersekutu. |
elastic limit | had kenyal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Had yang menunjukkan satu nilai yang berkaitan dengan daya-daya yang bertindak melebihi had yang dibenarkan. Perubahan bentuk atau perubahan ukuran yang berlaku tidak akan kembali kepada bentuk asal ataupun kepada saiz asalnya, apabila beban-beban tersebut dihilangkan. |
full-gauge bit | bit tolah penuh | Kimia | Tiada | Bit yang masih mempertahankan ukuran garis pusat asalnya walaupun telah digunakan dalam proses penggerudian. Ukuran garis pusat asal tersebut mesti mengikuti piawaian API atau lain-lain piawaian yang sering digunakan dalam perusahaan petroleum. Ini bererti garis pusat bit berkenaan tidak mengalami kehausan setelah digunakan untuk beberapa lama. |
full-gauge bit | bit tolah penuh | Kejuruteraan | Petroleum | Bit yang masih mempertahankan ukuran garis pusat asalnya walaupun telah digunakan dalam proses penggerudian. Ukuran garis pusat asal tersebut mesti mengikuti piawaian API atau lain-lain piawaian yang sering digunakan dalam perusahaan petroleum. Ini bererti garis pusat bit berkenaan tidak mengalami kehausan setelah digunakan untuk beberapa lama. |
recover | pulih | Kejuruteraan | Tiada | 1. Menuleni dan menggunakan semula hasil-hasil sisa proses kimia industri.,2. Kembali ke keadaan asal, misalnya pegas yang kembali ke panjang asalnya setelah diregang dalam had keanjalannya. |
full-gauge hole | lubang tolok penuh | Kejuruteraan | Petroleum | Lubang telaga yang digerusi dengan bit yang mampu mempertahankan ukuran garis pusat asalnya selama penggunaannya sehingga garis pusat lubang telaga yang terbentuk sama dengan garis pusat asal bit yang digunakan. |
regenerative repeater | pengulang jana semula | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengulang yang menjana semula denyut untuk memulihkan rupa bentuk asal.,2. Pengulang dalam kegunaan telegraf, untuk memasakan semula dan menghantar semula dedenyut-dedenyut isyarat yang diterima, yang telah dipulihkan ke kekuatan asalnya.,3. Litar yang mensampel denyut-denyut yang datang dan menghantarnya semula dengan pemasaan yang sempurna dan tanpa herotan. |
dynamical stability | kestabilan dinamik | Fizik | Mekanik | Keadaan suatu jasad tegar (seperti kapal terbang, roket atau kapal laut) yang apabila gerakan atau keadaan asalnya diganggu dari luar dapat melembapkan ayunan yang berlaku disebabkan oleh momen pemulih dan kembali kepada keadaan asal secara beransur-ansur. |
deportation | pengusiran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan mengarahkan individu atau kumpulan keluar dari sesebuah negara dan kembali ke negara asalnya. Contohnya, dalam isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia, antara langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah dengan mengumpulkan mereka di kem tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal. Dalam konteks ini, langkah pengusiran seperti ini tidak bersalahan dengan undangundang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pengusiran juga boleh berlaku dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Pengusiran merupakan perbuatan memaksa dengan kekerasan sekumpulan manusia supaya beralih keluar merentasi sempadan negara dari tempat tinggal yang sah tanpa alasan yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. Pengusiran seperti ini adalah salah satu perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. |