cerita asal-usul | cerita asal-usul | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat yang mengisahkan tentang asal usul alam semulajadi dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |
taxanomic classification | pengelasan taksonomi | Herba | Tiada | Pengelasan herba mengikut sistem pengelasan botani yang menurut asal usul tumbuhan berdasarkan kelas, order, famili, genera dan spesies. Sistem ini menyediakan peraturan yang tepat dan teratur dan boleh digunakan untuk menyesuaikan sebarang herba dalam kumpulannya tanpa ragu-ragu. Walau bagaimanapun, sistem pengelasan ini tidak begitu popular. |
money laundering | pengubahan wang haram | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan mengubah wang yang diperoleh secara menyalahi undang-undang kepada wang yang seolah-olah diperoleh secara sah. Jenayah ini bertujuan untuk menyembunyikan asal usul wang yang diperoleh secara tidak sah. Jenayah ini biasanya dilakukan dengan cara memindahkan wang secara kompleks menerusi bank atau transaksi perdagangan. |
palaegraphy | paleografi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya. |
batch record | rekod kelompok | Herba | Tiada | Dokumen yang berkaitan dengan pengeluaran setiap kelompok produk pukal atau produk akhir. Rekod ini secara terperinci menjelaskan sejarah setiap kelompok produk dan semua perkara berkenaan kualiti produk akhir. Rekod ini berguna bagi pengesanan asal usul bahan. |
herbal raw material specification | spesifikasi bahan mentah herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi bahan mentah herba yang digunakan untuk tujuan kawalan kualiti dalam pemprosesan sediaan atau penghasilan produk akhir herba. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi nama botani dan famili tumbuhan, asal usul sumber tumbuhan, bahagian tumbuhan yang digunakan, ciri makroskopi dan mikroskopi, ujian pengecaman, ujian had, ujian ketulenan, nilai ekstraktif, assai dan ujian lain seperti penentuan saiz partikel dan kandungan residu pelarut. |
myth criticism | kritikan mitos | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk. |
exordium | eksordium | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian permulaan, pengenalan atau mukadimah dalam sesuatu teks. Eksordium merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu teks kerana ia memberikan maklumat awal kepada pembaca tentang sejarah penulisan, tujuan, dan isi kandungan teks berkenaan. Bahagian eksordium diikuti dengan isi teks, dan diakhiri dengan bahagian kolofon. Biasanya, eksordium mengandungi keterangan atau maklumat tentang nama pengarang, asal-usul, tujuan, tempat serta tarikh teks ditulis. Terdapat juga eksordium yang mengandungi puji-pujian terhadap Tuhan atau sanjungan kepada tokoh tertentu. Eksordium terdapat dalam karangan prosa dan puisi. Contoh eksordium dalam kesusasteraan Melayu dapat dilihat dalam bahagian mukadimah teks seperti Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Lihat juga kolofon. |
myth | mitos | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab kaitannya yang rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam, kepercayaan, upacara dan adat suku masyarakat tertentu. Mitos biasanya menceritakan asal usul kejadian makhluk dan alam, termasuklah kejadian fenomena alam yang tertentu. Contoh mitos yang terkenal dalam kalangan masyarakat Yunani ialah Prometheus dan Sisyphus. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza, iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar. |