Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa.si] | اساسي

Definisi : menjadi dasar, yg menjadi pokok: undang-undang ini tidak mengganggu hak-hak ~ rakyat lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa.si] | اساسي

Definisi : yg menjadi dasar atau pokok: hak-hak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fundamental rightshak-hak asasiSains PolitikPolitik PerbandinganLihat hak asasi manusia.
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganHak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi.
civil rightshak awamSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan.
human traffickingpemerdagangan manusiaKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau aktiviti eksploitasi manusia yang melanggar hak asasi, bertujuan untuk mengaut keuntungan ekonomi. Tindakan ini melibatkan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang. Langkah-langkah eksploitasi yang dilakukan termasuklah menggunakan ancaman, kekerasan atau bentuk-bentuk paksaan yang lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan. Mangsa juga mungkin dilibatkan atau diperdayakan dengan bentuk pemberian, bayaran atau habuan-habuan lain. Bentuk eksploitasi lain termasuklah eksploitasi seksual, buruh paksa, perhambaan dan penuaian organ.
forced displacementperpindahan terpaksaKependudukanTiadaKeadaan apabila penduduk di sesuatu tempat dipindahkan secara paksa akibat penganiayaan, konflik, keganasan umum atau pelanggaran hak asasi manusia.
victim advocacyadvokasi mangsaKriminologiKeadilan JenayahBantuan dan sokongan profesional yang diberikan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan kepada mangsa terrmasuklah sokongan dari segi emosi, bantuan guaman dan kewangan. Contohnya, sekumpulan ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi wanita membuat advokasi tentang keganasan rumah tangga.
voluntary organizationorganisasi sukarelaSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan yang dibentuk bagi melakukan kerja-kerja sukarela untuk kepentingan orang ramai. Organisasi seperti ini lazimnya mempunyai matlamat yang baik iaitu untuk memberi kemudahan atau memperjuangkan sesuatu kepentingan yang tersendiri seperti pemeliharaan alam sekitar, perjuangan hak asasi, pembelaan hak wanita, perjuangan kepentingan buruh atau pergerakan pengakap, pandu puteri, palang merah dan kadet polis. Badan ini boleh berbentuk kecil-kecilan seperti persatuan di kampung atau boleh juga bersifat pertubuhan yang besar dan global seperti Pertubuhan Kehidupan Binatang Liar Sedunia (WWF). Anggota yang menganggotai pertubuhan ini tidak memikirkan matlamat keuntungan atau kepentingan kewangan sebaliknya bergerak untuk memenuhi matlamat pertubuhan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang merupakan organisasi sukarela yang aktif bergerak untuk memelihara kepentingan pengguna di Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya.
shi�rshi�rKesusasteraanTiadaSuatu ungkapan kata-kata yang sengaja diberikan wazan. Wazan ialah pembentukan perkataan berdasarkan bilangan, huruf dan sebutan serta mempunyai qafiah, iaitu huruf akhir dalam bait. Ungkapan kata-kata yang mempunyai wazan dan qafiah mempunyai unsur imaginasi atau khayalan yang indah serta melukiskan peristiwa yang ada. Unsur asasi dalam sesebuah shi�r Arab ialah perkataan, bahasa, wazan, qafiah, qasad dan khayalan. Antara penulis shi�r yang terkenal ialah Hassan ibn Thabit. Shi�r dalam bahasa Arab bermaksud �puisi�. Lihat juga syair.
primitive communismkomunisme primitifSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk sistem ekonomi lampau sebelum zaman hamba abdi seperti yang terdapat dalam sejarah materialisme Karl Marx. Sistem ini melihat ekonomi masyarakat masih berada dalam bentuk tribal dan egalitarian dengan aktiviti ekonomi masih bersifat alamiah. Pada masa itu, tidak ada badan pemerintah dan juga badan khusus yang menguruskan pasaran tidak ada sistem pertukaran barang dan seluruh anggota masyarakat bekerjasama mencari keperluan asasi tanpa kepentingan persendirian. Menurut Marx, masyarakat dilihat berubah daripada tahap ini kepada bersifat perhambaan dan menuju kepada sifat feudalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Sinonim komunisme kuno.
victimologyviktimologiKriminologiKeadilan JenayahBidang yang mengkaji secara saintifik, yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu, iaitu kajian tentang semua aspek yang berkaitan dengan mangsa jenayah, penyebab dan akibat pemangsaan jenayah. Bidang ini meliputi kajian tentang mangsa jenayah serta pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mangsa jenayah. Bidang ini termasuklah kajian tentang mangsa pelanggaran hak asasi, salah guna kuasa, konflik kemanusiaan dan bencana.
12

Kembali ke atas