Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj asid organik yg merupakan unit asas protein; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj asid organik yg merupakan unit asas protein. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sebatian kimia yg terdiri drpd kumpulan amino (-NH2) dan kumpulan karboksil (-COOH) yg membentuk protein. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asid amino


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amino acidasid aminoPertanianAgroteknologiSebatian organik yang mengandungi kumpulan amino dan karboksil. Rantaian asid amino akan membentuk protein. Terdapat 22 jenis asid amino, iaitu 11 daripadanya ialah asid amino perlu manakala 11 lagi ialah asid amino tak perlu. Contoh asid amino perlu ialah isoleusina, leusina, lisina, metionina, fenilalanina, treonina, triptofana, valina, histidina dan tirosina. Contoh asid amino tak perlu pula ialah alanina, arginina, aspartat dan sistina. Asid amino diperlukan dalam pemakanan tumbuhan dan haiwan.
synthetic amino acidasid amino sintetikVeterinarTiadaAsid amino yang diekstrak daripada bakteria dan dihablurkan untuk menghasilkan asid amino tulen. Terdapat pelbagai jenis asid amino jenis ini tetapi yang paling kerap digunakan dalam makanan ternakan ialah lisina, metionina dan treonina. Kadangkala bahan ini berbentuk analog, iaitu sebatian yang mempunyai molekul yang hampir sama dengan asid amino tulen dan boleh diubah suai oleh badan menjadi asid amino yang boleh digunakan. Asid amino ini mengurangkan keperluan protein haiwan jika ditambah ke dalam rangsum yang berasaskan bijirin.
amino acidasid aminoMakanan dan PemakananPemakananSebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen (C, H, O dan N). Asid amino mengandungi satu atau lebih kumpulan amino (NH2) yang bersifat bes dan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil (COOH) yang bersifat asid. Selain itu, terdapat juga asid amino yang mengandungi sulfur, contohnya, sistina dan metionina. Asid amino bergabung membentuk satu molekul protein. Dalam pencernaan, protein dalam makanan diurai menjadi asid amino dan diserap ke dalam aliran darah. Asid amino diperoleh daripada sumber makanan seperti telur, daging, ikan dan susu. Terdapat dua jenis asid amino, iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.
essential amino acidasid amino perluVeterinarTiadaSekumpulan asid amino yang penting dan perlu ada dalam makanan pada aras yang bersesuaian mengikut keperluan makanan. Terdapat 10 jenis asid amino perlu iaitu lisina, metionina, fenilalanina, valina, triptofan, arginina, histidina, isoleusina, leusina dan treonina yang perlu ada dalam makanan kerana asid-asid ini tidak boleh disintesiskan dalam tubuh, atau jika disintesiskan ia masih tidak mencukupi. Asid amino perlu menjadi sumber atau asas kepada pembentukan asid amino yang lain. Biasanya, seekor unggas memerlukan salah satu asid amino perlu sama ada glisina atau serina kerana dua jenis asid amino ini boleh berubah dengan sendiri. Kualiti sesuatu protein dalam makanan ternakan bukan ruminan sangat bergantung kepada kandungan asid amino perlu.
amino acid side chainrantai sisi asid aminoBioteknologiTiadaKumpulan R yang terdapat dalam asid amino. Perbezaan kumpulan ini digunakan untuk menentukan kelas dan jenis asid amino, misalnya kumpulan R bagi asid amino glisina ialah atom hidrogen, manakala asid amino sistina mempunyai kumpulan R, -CH2-SH.
amino acid-datingpentarikhan asid aminoArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu daripada pentarikhan mutlak. Pentarikhan ini merupakan kaedah perbandingan nisbah antara asid amino D dengan asid amino L. Kaedah ini digunakan terhadap tulang, kulit kerang dan gigi. Ekofak ini akan mengalami perubahan selepas hayatnya kerana mengandungi asid amino, dan nisbah asid amino D akan bertambah besar berbanding asid amino L.
essential amino acidasid amino perluMakanan dan PemakananPemakananSekumpulan asid amino yang penting dan perlu ada dalam makanan pada aras yang bersesuaian mengikut keperluan makanan. Terdapat 10 jenis asid amino perlu, iaitu lisina, metionina, fenilalanina, valina, triptofan, arginina, histidina, isoleusina, leusina dan treonina. Asid amino ini yang perlu ada dalam makanan kerana asid-asid ini tidak boleh disintesiskan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi. Oleh itu, asid amino mesti diperoleh daripada protein dalam makanan.
amino acidasid aminoMakanan dan PemakananTeknologi MakananUnit asas bagi protein. Semua asid amino mengandungi kumpulan karboksil yang terikat kepada atom karbon yang sama kecuali prolina dan hidroksiprolina. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.
amino acidasid aminoVeterinarTiadaSebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen (C, H, O dan N). Asid amino mengandungi satu atau lebih kumpulan amino (NH2) yang bersifat bes dan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil (COOH) yang bersifat asid. Di samping itu, ada pula asid amino yang mengandungi sulfur, misalnya sistina dan metionina. Asid amino bergabung membentuk satu molekul protein. Dalam pencernaan, protein dalam makanan diurai menjadi asid amino dan diserap ke dalam aliran darah. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.
amino acidasid aminoKimiaTiadaAsid organik yang mengandungi kumpulan amino, -HN2, yang bersifat bes, dan kumpulan karboksil, -CCOH, yang bersifat asid. Oleh itu, asid amino bersifat amfoterik dan wujud di dalam larutan akueus sebagai zwiterion. Asid amino sangat penting bagi organisma hidup kerana asid ini (asid alfaamino) merupakan unit asas protein. Asid amino terdiri daripada asid amino perlu dan asid amino tak perlu.
12345678910...

Kembali ke atas