Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acyl dehydrogenaseasil dehidrogenaseKimiaTiadaEnzim yang memangkini tindak balas dehidrogenase pada gugus asil sehingga terbentuk sebatian asil dengan ikatan tak tepu.
acyl halideasil halidaKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal asil, RCO- sebagai ciri utamanya dan mampunyai formula am RCOX (R ialah kumpulan alkil atau aril dan X atom halogen). Sebatian ini dapat bertindak balas dengan air, alkohol, fenol dan amida. Asil halida di peroleh daripada asid karbolsilik dengan menggantikan kumpulan hodroksil, -OH, dengan atom halogen melalui penggunaan agen penghalogen, seperti fosforus pentakklorida, PCL5. Asil halida digunakan dalam tindak balas penghalogenan. Misalnya, etanoil bromida, CH3,COBr dan benzoil klorida, CH3COCI, mudah terjidrolisis. Sebatian jenis ini disediakan dengan menggantikan kumpulan hidroksil asid karboksilik dengan ataom klorin melalui agen pengklorinan seperti tionil klorida, SOCI2. Asil klorida digunakan sebagai agen penghasilan. Sin. asid klorida.
acyl chlorideasil kloridaKimiaTiadaAhli kumpulan sebatian organik yang disebut asil halida, yang mempunyai radikal –COCI sebagai ciri utamanya dan berfomula am RCOCI (R ialah kkumpulan alkil atau aril). Asil klorida seperti etanoil klorida, CH3COCI, mudah terhidrolisis. Sebatian jenis ini disediakan dengan menggantikan kumpulan hidroksil asid karboksilik dengan atom klorin melalui agen pengklorinan seperti tionil klorida, SOCI2. Asil klorida digunakan sebagai agen pengasilan. Sin. asid klorida.
asilpihak dijaminPerniagaan IslamTiadaIndividu yang dijamin oleh penjamin bagi menanggung tanggungan yang pada asalnya menjadi tanggungan pihak yang dijamin. Contohnya, dalam kes hutang bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak membayar hutangnya, maka penjamin bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut.
acyl groupgugus asilHerbaFitokimiaNama am yang digunakan untuk merujuk kepada gugus yang terdiri daripada kumpulan berfungsi karbonil yang terikat kepada kumpulan alkil atau aril. Gugus asil terdapat pada beberapa siri sebatian organik. Asetil dan benzoil ialah contoh khusus bagi gugus asil.
acyl carnitineasil karnitinaKimiaTiadaSebatian asil daripada asid lemak yang diperoleh daripada tindak balas pengoksidaan beta dengan sebatian karnitin.
acyl migrationpenghijrahan asilKimiaTiadaPerpindahan gugus asil dari satu kedudukan kepada satu kedudukan yang lain dalam sesuatu molekul.
acyl enzymeenzim asilKimiaBiokimiaKompleks perantara yang terdiri daripada NAD+ dan bentuk asil gliseraldehid-3-fosfat yang terikat dengan gliseraldehid-3-fosfat dehidrogenase semasa tindak balas yang melibatkan mangkin tersebut.
acylationpengasilanKimiaTiadaTindak balas yang memasukkan kumpulan asil, RCO‒, ke dalam sesuatu sebatian. Misalnya, tindak balas amina dengan asil halida untuk membentuk amida.
acyl carrier proteinprotein pembawa asilKimiaBiokimiaProtein globul kecil yang bersifat asid dan menjadi sebahagian daripada kompleks asid lemak sintetase di dalam Escherichia coli dan sebagainya. Protein ini berfungsi sebagai pembawa kumpulan asil dalam biosintesis asid lemak.
123456

Kembali ke atas