foreign aid | bantuan asing | Ekonomi | Tiada | Bantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima. |
foreign escorted tour | lawatan beriring asing | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke negara asing yang diiringi oleh individu yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua program yang dirancang berjalan dengan lancar. |
foreign independent travel | pengembaraan kendiri asing | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke negara asing secara bersendirian. |
cession | penyerahan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke. |
net export | eksport bersih | Ekonomi | Tiada | Nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negeri yang dijual kepada negara asing, dan ditolak nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing yang dibeli oleh pemastautin tempatan. |
alien | orang asing | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu Iuar yang memasuki sebuah masyarakat yang mempunyai agama, bahasa dan budaya yang berbeza dengan masyarakat asalnya. Kemasukan individu ini biasanya bertujuan ekonomi seperti bekerja sebagai buruh atau peniaga. Perbezaan yang wujud antara individu dengan masyarakat ini menyebabkan mereka terasing atau sukar diterima dalam masyarakat tersebut. Kesan kemasukan orang asing ini sering menimbulkan konflik sosial dan ekonomi terhadap masyarakat tersebut. Contohnya, kebanjiran pendatang Bangladesh di Malaysia. |
granuloma | granuloma | Perikanan | Akuakultur | Perubahan patologi tisu ikan yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk sebagai tindak balas kepada jangkitan, keradangan, atau kehadiran bahan asing ke dalam sistem badan ikan. Pembentukan granuloma terhasil daripada pengumpulan dan penggandaan sel-sel makrofaj semasa ia membendung bahan asing seperti patogen bakteria, kulat dan cacing daripada merebak ke bahagian lain. |
foreign insurer | insurer asing | insurans | Tiada | Syarikat yang ditubuhkan di luar negeri yang menjalankan perniagaan insurans di negara yang mengeluarkan lesen. |
alien passport | pasport asing | Pelancongan | Tiada | Dokumen perjalanan rakyat luar negara. |
foreign investment | pelaburan asing | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |