asthma | asma | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pulmonari tersekat yang dicirikan dengan serangan sesak nafas yang berulang dari masa ke masa, dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus dan penghasilan sekresi yang banyak. |
dyspnoea | dispnea | Herba | Fitoterapi | Kesukaran bernafas yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti asma, sesak di dada atau pencemaran udara. |
antiasthmatic | antiasma | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, melegakan atau mengurangkan masalah pernafasan yang disebabkan oleh serangan asma. Contohnya, ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang bersifat antiasma. |
wheeze | ronkus | Kejururawatan | Tiada | Bunyi pernafasan yang bernada rendah yang terhasil akibat penyempitan bronkial seperti yang berlaku dalam asma. |
patient social networking | rangkaian sosial pesakit | Kejururawatan | Tiada | Jaringan hubungan sosial di kalangan pesakit yang mengalami penyakit yang sama. Contohnya persatuan pesakit asma, diabetes, dan lain-lain. |
stimulant | perangsang/stimulan | Herba | Tiada | Herba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala. |