Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.so.si.a.si] | اسوسياسي

Definisi : perkaitan (antara satu dgn yg lain), perhubungan, pertalian: koleksi pelukis yg menggunakan bahan akrilik menampakkan ~ pelihatan Ghafar terhadap alam dgn teliti; begitu juga jikalau disebut imej ‘air’, ~ fikir­an­­nya akan cepat mengenangkan ‘air zamzam’; mengasosiasikan mengaitkan, menghu­bung­­­­kan, mengadakan (menunjukkan) per­talian: warna hanya boleh diasosiasikan dgn objek yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.so.si.a.si] | اسوسياسي

Definisi : perkaitan atau pertalian antara satu dgn yg lain. Penceritaan kisah zaman kanak-kanak menimbulkan ~ yg manis dlm jiwa pembaca. berasosiasi ada kaitan atau hubungan dgn yg lain: Sesetengah pendapat mengatakan bahawa unsur-unsur mimpi tidak ~ dgn kenyataan. mengasosiasikan mengaitkan atau menghubungkan sesuatu dgn yg lain: Para penyelidik berusaha mengatasi bahaya yg diasosiasikan dgn vaksin tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asosiasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
associationasosiasiKesusasteraanTiadaPergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau bersekutu�. Lihat juga aliran kesedaran, imaginasi.
association colloidskoloid asosiasiKimiaTiadaSistem mikroheterogen, iaitu zarah-zarah fasa tersebar koloid (misel) yang dibentuk oleh penggumpalan molekul atau ion bahan yang terlarut dalam medium penyebaran.
associationismasosiasionismePendidikanTiadaDoktrin yang berpegang kepada keperluan prinsip pertama yang tercetus daripada hukum asosiasi sebagai suatu bentuk desakan mental.
juxtapositionjukstaposisiKesusasteraanTiadaTeknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�.
fancyfansiKesusasteraanTiadaPerihal daya persepsi yang melibatkan khayalan. Daya ini berbeza dengan daya imaginasi, dan tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi. Sehingga abad ke-19, khayalan dan imaginasi disamakan, tetapi pengkritik romantis seperti Samuel Coleridge dan willian Wordsworth membezakan antara kedua-duanya. Bagi mereka, khayalan itu terbatas sifatnya kerana khayalan terlalu bergantung pada proses asosiasi, sedangkan imaginasi mampu mencipta imejan baharu dan segar melalui proses penyatuan imej. Fansi penting dalam penulisan novel mistik atau cereka fantasi kanak-kanak. Lihat juga imaginasi, imejan.
stream of consciousnessaliran kesedaranKesusasteraanTiadaTeknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran.
stylegayaKesusasteraanTiadaCara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti peringkatnya, iaitu peringkat tinggi, pertengahan, dan rendah.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.

Kembali ke atas