Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.pék] | اسڤيک

Definisi : /aspék/ segi pandangan; jurusan pandangan: Dr ~ ekonomi, projek itu merugikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prosodyprosodiKesusasteraanPuisiPengkajian tentang puisi dan aspek-aspek yang berhubungan dengan matra, intonasi, rima, rentak, irama, rangkap, baris dan lain-lain. Bertujuan untuk mencari nilai-nilai estetika tentang pengucapan sesebuah puisi.
immunologyimunologiPerikananAkuakulturKajian tentang sistem imun dalam ikan. Kajian ini merangkumi fungsi fisiologi ikan dalam keadaan sihat dan sakit, tindak balas ikan terhadap patogen dan aspek-aspek fiziko-kimia.
lyrical balladbalada lirikKesusasteraanPuisiBalada yang mengandungi kisah atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang tokoh yang sarat dengan nada dan unsur romantis dan sentimental serta curahan perasaan pengarang. Aspek-aspek perasaan yang diungkapkan itu akan menyentuh perasaan khalayak apabila balada itu dideklamasikan.
narrative structureSuara naratifKesusasteraanTiadaStruktur dalam karya sastera yang melibatkan keseluruhan aspek susunan, aturan, gubahan, atau rangkaian yang membina karya sastera itu, sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Aspek luaran termasuklah plot dan hubung kaitnya dengan unsur-unsur bahasa, watak, dan imej yang digunakan. Aspek dalaman pula meliputi isi atau makna dan hubung kaitnya dengan kesan keindahan karya. Dengan kata lain, struktur naratif meliputi keseluruhan hubungan atau rangkaian yang membina sesebuah karya naratif. Setiap karya mempunyai struktur naratifnya yang tersendiri dan berbeza daripada struktur naratif karya lain. Contohnya, struktur naratif bagi karya sastera bercorak sejarah berbeza daripada struktur naratif karya hikayat lipur lara. Malah, struktur naratif menjadi salah satu asas yang digunakan untuk menggolongkan karya dalam sesuatu genre yang tertentu.
asceticismkezahidanSains SukanBiomekanikPenafian terhadap aspek keperluan fizikal bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap aspek psikologi atau mental. Contohnya, sebelum melakukan aksi terjunan dalam acara sukan terjun, seseorang atlet itu perlu memberikan perhatian terhadap aspek psikologi, misalnya merenung untuk menghasilkan terjunan yang ideal.
neo-rationalismneo-rationalismeSeni BinaTiadaPemikiran seni bina dan historisisme mengutamakan kepentingan sosial dan budaya struktur bandar sedia ada - menolak aspek Modenisme dan menggunakan aspek gaya sejarah.
burdenulanganKesusasteraanPuisiAspek penekanan sama adu pada bunyi suku kata, perkataan, rangkap, frasa, pola rima atau baris dalam sesebuah puisi. Aspek ulangan ini dilakukan oleh penyair dalam bentuk mendatar atau menegak. Ulangan mendatar seperti pada puisi "Sayang Disayang" karya Salmi Manja, rnanakala ulangan rnenegak seperti puisi "Lagu Anak Revolusi" karya Dharrnawijaya: berlagulah ia ... (R:3, b:1) berlagulah ia ... (R:3, b:2) ya, lagu anak revolusi ... (R:5, b:l) lagu anak revolusi (R:5, b:3) (Lagu Anak Rel'(J/usi) senyumlah senyum (R:5, b:5) (Sayang Disayang)
mise en scenemise en sceneKesusasteraanTiadaPengaturan aspek visual dalam penerbitan drama. Pengaturan ini mengambil kira aspek pementasan termasuklah latar hias, prop, tatacahaya, kostum dan lakonan. Mise en scene digunakan dalam pembikinan filem bagi mengatur babak untuk rakaman kamera, tetapi tidak termasuk kerja penyuntingan dan teknik penggambaran.
main narratorpengisah utamaKesusasteraanTiadaPengisah yang bertanggungjawab dalam menentukan keseluruhan aspek yang terdapat dalam sesebuah karya. Aspek dalam karya termasuklah menentukan judul, corak penceritaan dan perwatakan serta pemilihan bahasa.
satirical comedykomedi satiraKesusasteraanTiadaBentuk drama komedi yang menceritakan keadaan dan pendirian politik, aspek kehidupan tradisi, serta mengkritik aspek moral dan tingkah laku manusia. Komedi ini juga menyindir dan mempersendakan golongan tertentu, namun persembahan komedi biasanya sarat dengan unsur pengajaran. Penulis terawal komedi satira ialah Aristophanes.
12345678910...

Kembali ke atas