Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1. penutup rumah bahagian atas (utk me­lin­dungi penghuni dr hujan dan panas), bum­bung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih mahal drpd ~ rumbia; beratap mempunyai (memakai) atap, dibu­buh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; mengatap membubuh atap, memasang atap; mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1 penutup rumah di sebelah atas: ~ rumah ini sudah bocor. 2 sesuatu (spt daun rumbia, genting, zink) yg digunakan utk menutup bahagian atas rumah. beratap mempunyai atap: Rumah yg baru didirikan itu belum ~ lagi. beratapkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg atap: pondok yg ~ rumbia. mengatap 1 memasang atap. 2 mencari daun rumbia dsb utk dibuat atap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atap

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eavescucur atapKesenianHiasan DalamanBahagian yang berkedudukan mengufuk pada kaki bumbung yang bercerun, dan terletak di hujung atap, tempat air hujan jatuh. Biasanya, di bawah cucuran atap, dipasang papan berukiran yang dikenali sebagai papan cantik atau papan fasia.
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
drawing room playdrama ruang tamuKesusasteraanTiadaDrama berlatarkan ruang tamu rumah dari awal hingga penghujung plot. Drama ini berkembang semasa zaman Victorian di United Kingdom. Drama Melayu beraliran realisme cenderung memaparkan latar ini. Contoh: Drama Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Atap Genting Atap Rumbia karya Kala Dewata.
eavescucur atapKejuruteraanTiadaBahagian yang berkedudukan mengufuk pada kaki bumbung yang bercerun.
eavascucur atapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
roof eavescucur atapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
eaves heightketinggian cucur atapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
fascia boardpapan cantikKesenianHiasan DalamanKepingan papan yang terdapat pada cucur atap. Papan dihias dengan ukiran yang menarik sebagai hiasan dengan motif tertentu. Papan cantik berfungsi menutup penghujung kasau, yang boleh memegang talang.
guttertalangKejuruteraanTiadaSaluran air hujan yang dipasang atau dibina mengufuk pada cucur atap dan mempunyai bentuk keratan segi empat atau bentuk kekotak ataupun bentuk separuh bulatan.
bamboo beamrasuk buluhBuluhTiadaStruktur melintang yang menggunakan buluh dan berfungsi untuk menanggung beban atap atau lantai.
12

Kembali ke atas