Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas satah mengufuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orthogonal projectionunjuran ortogonMatematikTiadaTitik-titik persilangan suatu satah dengan normal-normal satah itu yang melalui tata rajah atau objek. Contoh: (i) katalah AB suatu tembereng garis di sebelah atas satah S. Jika P dan Q ialah titik pada satah S supaya AP dan BQ normal kepada satah S, unjuran ortogon bagi AB kepada satah S ialah tembereng garis PQ. Setiap titik pada PQ merupakan persilangan antara satah S dengan normal kepada satah S yang melalui satu titik pada AB. RUJUK RAJAH M.S. 155 (ii) pelan sesuatu objek di atas satah mengufuk merupakan unjuran ortogon bagi objek itu kepada satah mengufuk. Lihat juga unjuran.
inclined planesatah sendengMekanikGunaanSatah yang tidak selari dengan satah mengufuk. Satah sendeng sering digunakan dalam kajian geseran, apabila komponen tangen bagi berat jasad yang berada di atas permukaan berkenaan diimbangi oleh daya geseran sehinggalah gerakan berlaku. Dalam keadaan gerakan jangkaan bagi jasad yang ditahan oleh permukaan sokongnya sahaja, sudut sendeng yang berkenaan dinamai sudut rehat. Lihat juga sudut rehat.
pelanpelanMatematikTiadaKumpulan titik-titik yang terbentuk pada satah mengufuk oleh normal-normal kepada satah itu daripada sesuatu objek apabila objek itu terletak pada satah mengufuk. Secara kasar, pelan ialah rajah yang menggambarkan pemandangan dari atas.
horizontal equivalentkesetaraan mengufukGeografiTiadaJarak di antara dua titik yang dialih ke atas satah mendatar.
gravitational potential energytenaga upaya gravitiMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh daya graviti yang bertindak pada jasad (iaitu berat jasad tersebut). Tenaga upaya graviti memerlukan suatu datum satah mengufuk untuk mengukurnya. Nilai tenaga upaya graviti Vg diberikan oleh ungkapan, Vg = WyG dengan W ialah berat jasad berkenaan dan yG ialah kedudukan tegak pusat gravitinya apabila diukur dari satah datum. Jarak yG diambil sebagai positif jika ukuran dibuat menghala ke sebelah atas satah itu, dan negatif jika sebaliknya. Tenaga upaya graviti adalah positif jika jasad berada di sebelah atas datum dan negatif jika berada di sebelah bawah datum.

Kembali ke atas