cadence | alun | Kesusasteraan | Puisi | Irama ataupun rentak yang merupakan suatu gerak yang timbul sewaktu membaca atau melagukan sesebuah puisi. Gerak ini terjadi kesan daripada pengulangan sebutan sesuatu bunyi yang berturutan ataupun kemunculannya disebabkan tersekatnya arus pergerakan suara semasa mengujarkan sesuatu perkataan. |
beginning rhyme | rima awal | Kesusasteraan | Puisi | Penggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi. |
digital immigrant | imigran digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital. |
icon | ikon | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran ataupun citra yang diungkapkan oleh seseorang penyair dalam rangkap puisi. Gambaran itu mungkin diilhami daripada kehidupan manusia mahupun alam semula jadi. |
barbarism | barbarisme | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan, frasa ataupun kalimat yang kasar, keras, marah� marah dan sinis yang tajam dalam penciptaan sesebuah puisi terutama puisi moden. |
parallelism | kesejajaran | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan frasa ataupun kalimat dalam baris-baris puisi pada sesuatu rangkap. Biasanya unsur kesejajaran itu dilakukan pada frasa atau kalimat dalam sesuatu baris yang berhampiran. |
suctioning | penyedutan | Kejururawatan | Tiada | Tatacara untuk mengeluarkan cecair ataupun bendalir yang tidak diperlukan melalui tiub yang disambung ke mesin penyedut. |
durable goods | barang tahan lama | Ekonomi | Tiada | Barang modal ataupun barang penggunaan yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Misalnya, mesin, bangunan kilang, perabot, kenderaan, dan peralatan rumah. |
elision | elisi | Kesusasteraan | Puisi | Penghilangan bunyi vokal atau konsonan, ataupun suku kata akhir pada sesuatu perkataan. Contohnya, perkataan asalnya tidak ada, digantikan dengan tiada. |
narrator | pengisah | Kesusasteraan | Puisi | Penyair yang menciptakan sesebuah puisi, ataupun orang yang membacakan atau mendeklamasikannya. Contohnya, pengisah kepada peristiwa kematian Atmo Karpo dalam puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" itu ialah W.S. Rendra, sedangkan pengisah dalam bentuk deklamasi tidak semestinya W.S. Rendra, sesiapa pun boleh mengisahkannya. Sinonim tukang cerita. |