reversibility principle | prinsip kebolehbalikan | Sains Sukan | Biomekanik | Prinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu. |
pupil athlete | atlet murid | Pendidikan | Tiada | Individu yang terlibat dalam acara sukan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan. Individu tersebut boleh berperanan sebagai murid atau pelajar atau atlet pada masa yang sama. |
pupil athlete | atlet murid | Sukan | Tiada | Individu yang terlibat dalam acara sukan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan. Individu tersebut boleh berperanan sebagai murid atau pelajar atau atlet pada masa yang sama. |
overload principle | prinsip lebih beban | Sains Sukan | Biomekanik | Prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu latihan perlu dilakukan dengan beban yang melebihi keupayaan biasa atlet. Penambahan beban latihan perlu dilakukan secara beransuransur supaya tubuh atlet dapat bertindak balas dan membuat penyesuaian terhadap rangsangan baharu yang diberikan. Penyesuaian terhadap beban latihan yang baharu akan meningkatkan tahap kecergasan atlet. |
student athlete | atlet pelajar | Pendidikan | Tiada | Lihat pupil athlete. |
student athlete | atlet pelajar | Sukan | Tiada | Lihat pupil athlete. |
riders | pelumba | Sukan | Lumba Basikal | Atlet yang khusus dalam sukan berbasikal. |
associative stage | peringkat gabungan | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada peringkat pertengahan, iaitu peringkat yang menggabungkan beberapa aspek kemahiran asas untuk menjadi satu kemahiran motor yang lebih kompleks. Pada peringkat ini, atlet telah menguasai kemahiran asas dan meliputi bagaimana bahagian pergerakan lakuan motor itu berkaitan antara satu sama lain. Atlet juga sentiasa membaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan kemahiran yang lebih tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
call room | bilik panggilan | Sukan | Tiada | Bilik yang dikhaskan kepada para atlet untuk berkumpul sebelum perlawanan bermula. |
ambulation | ambulasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan yang melibatkan perubahan daripada posisi asal kepada posisi yang baharu. Contohnya, atlet yang mengalami kecederaan otot yang serius sehingga menyukarkannya untuk bergerak, perlu diberikan rawatan tertentu seperti latihan ambulasi yang bersesuaian bagi membolehkannya kembali pulih. Sinonim ambulatori. |