homosphere | homosfera | Sains | Hidrometeorologi | Bahagian bawah atmosfera yang terbahagi dua mengikut kehomogenan komposisi umum atmosfera. Homosfera merupakan kawasan di dalamnya tiada perubahan jumlah dalam komposisi atmosfera, iaitu, keseluruhan atmosfera dari permukaan bumi kira-kira 80 atau 100 km. Homosfera agak setara dengan neutrosfera, dan termasuk troposfera, stratosfera dan mesosfera dan juga ozonosfera serta sekurang-kurangnya sebahagain kemosfera. |
homogeneous atmosphere | atmosfera homogen | Sains | Hidrometeorologi | 1. Atmosfera hipotetis yang di dalamnya ketumpatan adalah malar mengikut ketinggian. Kadar tukaran suhu di dalam atmosfera seperti ini dikenali sebagai kadar tukaran autoolakan dan sama dengan g/R (atau hampir 3.4� C/100 m); g ialah pecutan graviti dan R malar gas untuk udara. Atmosfera homogen mempunyai jumlah ketebalan terhingga yang sama dengan RdTv/ g; Rd ialah pemalar gas bagi udara kering dan RdTv suhu maya (K) pada permukaan. Bagi suhu permukaan 273K, ketebalan menegak atmosfera homogen adalah kira-kira 8000 m. Pada bahagian atas atmosfera seperti ini, kedua-dua tekanan dan suhu mutlak hilang. 2. Lihat atmosfera adiabatik. |
isothermal atmosphere | atmosfera isoterma | Sains | Hidrometeorologi | Atmosfera yang beada dalam keseimbangan hidrostatik yang suhunya tetap mengikut ketinggian dan oleh yang demikian tekanannya berkurangan ke atas pada kadar eksponen. Dalam atmosfera yang sedemikian, ketebalan antara dua aras dihuraikan dengan; zB � zA = RdTv PA g In pB' dengan Rd ialah pemalar gas bagi udara kering; Tv ialah suhu maya (K); g ialah pecutan graviti; dan PA dan PB ialah tekanan pada ketinggian zA dan zB masing-masing. Dalam atmosfera isoterma, tidak terdapat satu aras terhingga yang padanya tekanan lenyap. Istilah ini juga disebut atmosfera eksponen. |
standard atmosphere | atmosfera piawai | Sains | Hidrometeorologi | 1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, jadual balistik, dan sebagainya. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik yang apabila kedua-dua ini diambil kira bersama mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665 cm/cm2) dan suhu 0�. |
adiabatic atmosphere | atmosfera adiabatik | Sains | Hidrometeorologi | Atmosfera model yang dicirikan oleh kadar tukaran adiabatik kering pada keseluruhan tegakannya. Tekanan dalam atmosfera adiabatik berkurangan mengikut ketinggian seperti yang berikut: dengan p0 dan To ialah tekanan dan suku (K) masing-masing pada aras laut, z ketinggian geometri; Rd pemalar gas bagi udara kering; cpd haba spesifik udara kering pada tekanan malar; dan g pecutan graviti. |
atmospheric turbidity | kekeruhan atmosfera | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan atmosfera yang berhabuk yang mengurangkan jumlah sinaran suria sampai ke permukaan bumi dan menyebabkan atmosfera bawah menjadi dingin. |
baroclinic atmosphere | atmosfera baroklinik | Geologi | Tiada | Keadaan atmosfera di mana permukaan-permukaan ketumpatan seragam menyilangi permukaan-permukaan tekanan seragam dan akan menunjukkan ketakstabilan atmosfera seperti di zon-zon perenggan. |
dry air | udara kering | Sains | Hidrometeorologi | 1. Dalam kimia atmosfera dan termodinamik atmosfera, udara yang tidak mengandungi wap air. 2. Umumnya, udara dengan nilai kelembapan bandingan yang rendah. |
superstandard refraction | pembiasan adipiawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pembiasan oleh atmosfera atau sebahagian atmosfera yang indeks biasanya mengurang mengikut ketinggian pada kadar lebih daripada 12 unit-N per 1000 kaki. Lihat perambatan adipiawai. |
baroclinic atmosphere | atmosfera baroklinik | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan atmosfera yang permukaan-permukaan tekanan dan ketumpatan (atau isi padu spesifik) malarnya bersilang di suatu aras atau aras-aras. Atmosfera ini sedikit sebanyak bersifat baroklinik. Kebaroklinikan lampau menunjukkan adanya perbezaan besar suhu mendatar, yang mengakibatkan angin terma yang kencang. |