Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tu.ran] | اتورن

Definisi : 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tu.ran] | اتورن

Definisi : 1 cara mengatur; segala sesuatu yg telah teratur: Buku-buku di perpustakaan telah disusun mengikut ~ Dewey. 2 hasil drpd mengatur; yg sudah diatur: ~ perabot di rumah itu sungguh kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aturan

Peribahasa

Cupak tegak yang diisi.

Bermaksud :

Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manneradat resamKesusasteraanTiadaAdat kebiasaan, atau aturan-aturan yang menjadi adat.
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.
descent ruleaturan keturunanSosiologi KeluargaTiada-
reporting arrangementaturan pelaporanPentadbiranTiadaTiada
gene regulatory systemsistem pengawal aturan genBioinformatikBioinformatik MolekulGabungan rangkaian elemen pengawal atur gen (promoter, operator, penggalak dan silenser) yang berinteraksi antara satu dengan lain dan/atau dengan biomolekul lain untuk menentukan pengekspresan RNA dan protein. Sistem ini memainkan peranan penting dalam morfogenesis yang merupakan tunggak dalam evolusi biologi perkembangan.
conventionkonvensiKesusasteraanPuisiAturan dalam proses mencipta sesebuah puisi. Konvensi mungkin terdiri daripada tema, gaya bahasa, teknik pengucapan dan sebagainya. Lazimnya, sesuatu konvensi yang diguna pakai itu sudah diterima oleh khalayak. Contohnya, syair ditetapkan mempunyai empat baris dalam setiap untai atau rangkap. Keempat-empat barisnya mempunyai maksud, iaitu tiada pembayang seperti pantun dan mempunyai rima akhir a a a a.
proceduretatacaraKesusasteraanTiadaCara atau aturan bekerja yang lazim dilakukan untuk membuat sesuatu urusan.
seating arrangementsusunan tempat dudukPelanconganTiadaSistem aturan tempat duduk yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan untuk disesuaikan dengan keperluan pelanggan, seperti susunan tempat duduk di bilik mesyuarat dan dewan.
dadaismdadaismeKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menolak aturan, kesempurnaan dan konvensi, sebaliknya memperjuangkan perkara yang tidak rasional. Aliran ini berkembang selepas Perang Dunia Pertama.
firing orderjujukan nyalaanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAturan nyalaan dan silinder enjin.
123

Kembali ke atas