Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.dit] | اءوديت

Definisi : (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk mem­buktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapat­kan pandangan tentang penyata kewangan se­sebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilaku­kan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh per­akaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg di­lakukan pd sesebuah organisasi spt yg diper­untuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendali­kan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg ter­tumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disedia­kan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.dit] | اءوديت

Definisi : pemeriksaan dan pengesahan sesuatu akaun (oleh akauntan). mengaudit memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. pengauditan perbuatan atau hal mengaudit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal auditaudit dalamanHerbaPeraturan dan PemasaranPemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan proses pengeluaran produk herba yang dilakukan dalam sesuatu organisasi. Audit dalaman bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian pengurusan jaminan kualiti organisasi tersebut.
auditauditEkonomiTiadaPemeriksaan penyata kewangan organisasi seperti firma atau pertubuhan sosial oleh juruaudit untuk menentukan sama ada penyata telah diuruskan dengan cara yang betul.
audit trailjejak auditPertanian OrganikTanaman Makanan-
compliance monitoringpemantauan pematuhanAuditTiadaProses audit tidak formal yang berterusan bagi memastikan pekerja yang terjejas mematuhi semua dasar dan prosedur dalam manual.
compliance reviewkajian semula pematuhanAuditTiadaAmalan audit tidak formal yang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada keperluan prosedur sedia ada dipatuhi oleh individu atau terdapat sebarang masalah yang dihadapi.
emphasis of matter (EoM)penegasan perkaraAuditTiadaJenis pendapat audit bagi perkara signifikan yang dinyatakan dalam satu perenggan penyata kewangan untuk perhatian pihak pengurusan.
materialitykematananAuditTiadaKonsep asas perakaunan yang memerlukan juruaudit membuat pertimbangan profesional bagi tujuan pelaporan penyata kewangan. Konsep kematanan juga ialah penentu yang signifikan terhadap usaha audit dalam menentukan ketepatan tahap salah nyata boleh terima dalam penyediaan penyata kewangan. Kematanan penting bagi memastikan pendapat yang diberikan adalah benar dan saksama terhadap situasi kewangan entiti tersebut.
alphanumericalfanumerikAuditTiadaTiada
accretionakresiAuditTiadaTiada
incrementaltambahanAuditTiadaTiada
123

Kembali ke atas