Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ri.ta.rian] | اءوتوريتاريان

Definisi : 1. berpegang teguh pd peraturan dan undang-undang; 2. orang yg percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autoritarian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authoritarianautoritarianSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang menerangkan sesebuah organisasi atau negara yang mempraktikkan undang-undang atau peraturan yang ketat dan agak keras ke atas rakyatnya. Kehidupan rakyat terikat kuat kepada autoriti pemerintah dalam pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, pergerakan sosial, pendidikan, kebudayaan dan politik. Pemerintah dalam sistem ini biasanya daripada golongan elit yang mempunyai darjah toleransi yang sangat rendah. Golongan elit ini juga menggunakan kaedah yang keras seperti menindas untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah autoritarian tidak pula berusaha mengawal ideologi politik rakyatnya, melainkan sekiranya mengancam kedudukan kuasa mereka. Contoh negara autoritarian ialah Indonesia semasa era Soeharto dan Filipina di bawah pemerintahan Marcos.
constitutional authoritarianismautoritarianisme berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan autoritarian yang berasaskan perlembagaan. Pemerintahan ini mengekalkan ciri-ciri autoritarianisme seperti pemusatan kuasa, kawalan undang-undang yang ketal dan penolakan idea kebebasan individu atau hak individu. lni bermakna, perlembagaan yang diasaskan dalam sistem autoritarian ini tidak sama dengan konsep perlembagaan yang wujud dalam sistem demokrasi. Perlembagaan dalam sistem ini amat berkait rapat dengan unsur-unsur agama, adat atau budaya. Perlembagaan pula dibentuk dan dibincangkan hanya di kalangan elit yang memerintah tanpa merujuk kepada pandangan pembangkang dan majoriti masyarakat. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Afghanistan semasa pentadbiran Taliban pada dekad 1990-an.
authoritarian personalitypersonaliti autoritarianSosiologi KeluargaTiada-
authoritarian parentibu bapa autoritarianSosiologi KeluargaTiada-
authoritarian chlid rearingasuhan anak autoritarianSosiologi KeluargaTiada-
police statenegara polisSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang pemerintahannya bersifat autoritarian dan bergantung kuat kepada institusi polis. Dalam negara ini, undang-undang sangat ketat dan tekanan serta tangkapan sering dilakukan kepada penentang kerajaan atau anggota pembangkang. Penentang yang ditangkap pula tidak dibawa ke meja pengadilan dan terus dihukum. Peranan polis sangat besar dan mereka tidak sahaja menjalankan tugas dalam bentuk rasmi beruniform tetapi ramai yang bergerak secara sulit, mengintip sebarang penentangan dalam masyarakat seperti yang dilakukan oleh KGB di Soviet Union, Gestapo di Jerman atau Savak di Iran.
totalitariantotalitarianSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan pemerintahan yang berasaskan penguasaan ketat rejim politik terhadap individu supaya tunduk kepada pemerintah. Keadaan ini berlaku dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Persaingan politik tidak terdapat di sini seperti kehadiran parti pembangkang, NGO yang bebas, gerakan pelajar atau pilihan raya yang bebas. Penguasaan dalam pemerintahan ini dilakukan secara kekerasan undang-undang yang menekan termasuklah censorship (penapisan) dan terrorisme. Keadaan politik seperti ini dikatakan juga sebagai bersifat kediktatoran, autoritarian dan despotik. Contohnya, keadaan Jerman di bawah pemerintahan Hitler semasa Perang Dunia Kedua bersifat autoritarian.
regimerejimSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pengurusan yang mempunyai bentuk pemerintahan yang signifikan atau dikenali umum. Konsep rejim ini terhasil ekoran daripada sebuah pemerintahan yang panjang atau dikuasai oleh pemimpin yang istimewa, kontroversi atau terkenal. Rejim turut melambangkan satu jangka waktu pemerintahan seperti rejim Soeharto pada dekad 1970-an dan 1980-an di Indonesia. Pemerintahan ini juga boleh bersifat demokratik atau autoritarian. Walaupun begitu, penggunaan istilah rejim lebih cenderung menonjolkan sifat negatif dalam pemerintahan.
political recruitmentpengambilan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa.

Kembali ke atas