Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wal] | اول

Definisi : 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wal] | اول

Definisi : mula-mula sekali; permulaan: Pd ~ bulan depan, saya akan ke Singapura. berawal ada awalnya; ada permulaannya: kisah yg tidak ~ dan tidak berakhir. berawalkan mempunyai sesuatu sbg unsur yg mula-mula: kata yg ~ konsonan. mengawalkan membawa ke waktu atau ke tarikh yg lebih awal: Mesyuarat itu telah diawalkan atas sebab-sebab tertentu. awalan imbuhan di depan sesuatu kata dasar (spt ber-, me-, per-, dan ter-). berawalan mempunyai awalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awal

Puisi
 

Dari awal sampai ke akhir,
     Limau lelang saya kupaskan;
Singa bersoal garoda berfikir,
     Rimau garang saya lepaskan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cradle to cradleawal ke awalTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStrategi mampan kitar hayat produk yang menyamai kitar semula alam semula jadi, dan melaluinya sisa dapat digunakan semula.
acrosticakrostikKesusasteraanTiadaSusunan huruf awal; atau huruf awal dan akhir pada perkataan dalam setiap baris yang membentuk makna.
early detectionpengesanan awalKesihatan AwamTiadaKaedah awal untuk mengesan tanda dan gejala sesuatu penyakit, bagi mendapatkan rawatan awal.
head rhymerima awalKesusasteraanPuisiPembentukan rima pada suku kata awal perkataan baris sesuatu rangkap atau sesebuah puisi. Perkataan tersebut menjadi objek dan persoalan utamanya. Contohnya, rima awal yang terdapat pada empat baris pertama puisi "Kecaplah Kecap" karya J.M. Aziz. lkan golek ikan panggang kunyit ikan masak kicap ikan gulai lemak
preliminary conventionkonvensi awalSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal.
apheresislenyapan awalKesusasteraanPuisiPenghilangan huruf atau suku kata awal dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, tika untuk ketika.
initial reserverizab awalinsuransTiadaJumlah rizab polisi pada awal tempoh dengan premium yang dibayar pada tempoh tersebut.
preliminary conventionpersediaan awalSains PolitikPolitik PerbandinganLihat konvensi awal.
early warningamaran awalKesihatan AwamTiadaKaedah pemberitahuan atau notis awal mengenai sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.
initial reserverizab awalPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah rizab polisi pada awal tempoh dengan premium yang dibayar pada tempoh tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas