Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wam]/[Öa.wam] | عوام

Definisi : 1. bkn (melibatkan dsb) orang ramai sbg suatu keseluruhan: kepentingan ~; 2. utk atau terbuka kpd semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa utk golongan dsb tertentu): tempat ~; kenderaan ~; kemudahan ~; 3. bukan tentera atau polis dsb; orang ~ a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa); perkhidmatan ~ per­khidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn tentera atau polis; mengawamkan 1. mengumumkan, mem­beritakan kpd orang banyak; 2. meng­anjurkan, mengesyorkan; pengawam penganjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wam]/[Öa.wam] | عوام

Definisi : 1 umum; am: Kami telah berbincang ttg perkara-perkara ~ saja. 2 tidak bersifat ketenteraan; preman; biasa: orang ~ orang biasa; perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg bukan ketenteraan sifatnya. mengawamkan 1 memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; mengumumkan. 2 menganjurkan; mengesyorkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public utilitieskemudahan awam/utiliti awamPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemudahan yang disediakan untuk kegunaan awam seperti bekalan elektrik, bekalan air.
custodian of public healthpenjaga kesihatan awamKesihatan AwamTiadaPihak yang ditugaskan untuk menjaga kesihatan orang awam.
civil-military relationshubungan awam-tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik
Public Health Emergency of International Concern (PHEIC)Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC)Kesihatan AwamTiadaPengisytiharan rasmi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang peristiwa luar biasa yang menimbulkan risiko kesihatan awam kepada negara lain disebabkan oleh berlakunya penyebaran penyakit di peringkat antarabangsa. PHEIC dibuat apabila krisis kesihatan awam mencapai tahap global yang membawa implikasi untuk kesihatan awam di luar sempadan negara yang terjejas dan mungkin memerlukan tindakan segera antarabangsa.
public official bondbon pegawai awaminsuransTiadaJaminan bahawa seseorang pegawai awam akan menguruskan dana orang awam dan akan melaksanakan tugas-tugas yang lain seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
public goodsbarang awamEkonomiTiadaBarang atau perkhidmatan yang sifatnya boleh digunakan secara bersama. Penggunaan seorang individu terhadap barang itu tidak menjejaskan penggunaan individu lain. Sekiranya barang awam dikeluarkan untuk seorang individu, kos untuk mengeluarkan barang yang sama untuk individu lain adalah sifar. Misalnya, padang permainan awam, hutan lipur, jalan raya, perkhidmatan radio dan televisyen, perkhidmatan polis dan ketenteraan, dan perkhidmatan kesihatan masyarakat.
asymmetric encryptionpenyulitan tak simetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan dua kekunci yang berbeza, iaitu kekunci awam dan kekunci persendirian. Kekunci awam digunakan untuk penyulitan mesej, manakala kekunci persendirian untuk penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci awam.
public participationpenyertaan awamPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenglibatan orang awam dalam proses membuat keputusan perancangan oleh pihak berkuasa perancang.
public transportpengangkutan awamPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSistem pengangkutan awam yang lazimnya disediakan untuk menghubungkan antara tempat kediaman dalam bandar, antara bandar dan antara wilayah.
civil rightshak awamSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan.
12345678910...

Kembali ke atas